ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mazda2 Versi Facelift Bakal Dilancar Tapi Di ..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Nampaknya subkompak Mazda2 generasi ketiga yang lebih dikenali sebagai Mazda Demio di negara asalnya di  Jepun mungkin akan berada di pasaran lebih lama lagi.

Ini kerana Mazda telah melakukan beberapa pembaharuan ke atas Mazda2. Difahamkan, Mazda2 versi facelift  bakal dilancarkan di Australia pada Jun ini.

Sebelum terlupa, Mazda 2 menerima facelift pertamanya pada tahun 2019, di mana model itu menerima reka bentuk depan dan belakang yang lebih menarik.

Namun pembaharuan kali ini turut membabitkan bahagian gril hadapannya kerana ia dipadankan dengan warna hitam.


Jika anda amati bahagian grilnya, wajah jentera ini kelihatan seolah-olah dalam kesedihan gara-gara lubang gril pengambilan udara menghadap ke bawah.


Selain itu, Mazda turut menawarkan aksen berwarna kuning atau merah, bergantung pada model diinginkan pelanggan.

Malah, reka bentuk bampar belakang juga dikatakan diolah sedikit. Mazda juga memperkenalkan dua skema cat baharu untuk tahun model 2024 iaitu Aero Grey Metallic dan Airstream Blue Metallic.


Bagaimanapun, pembeli kini mempunyai sembilan kemasan luaran untuk dipilih.

Pembeli kini mempunyai sembilan kemasan luaran. Sementara itu, model Pure SP juga didatangkan standard dengan bumbung hitam berkilat.


Mengenai bahagian kabinnya, hanya sebahagian tempat duduknya dibaluti dengan material kulit dan dipadankan dengan jahitan warna hitam berserta kemasan warna merah. 


Pembaharuan lain termasuklah hujung dwi ekzos serta rim berbilang jari.


Di sebalik semua info ini, Mazda masih belum mendedahkan perincian mengenai kuasa dan harga untuk Mazda2 2024 namun model itu dijangka mengekalkan enjin petrol 1.3 liter, 1.5 liter, dan enjin diesel 1.5 liter Skyactiv 4-silinder kuasa seperti yang telah ditawarkan sejak 2014.


Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.