ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sah: Model EQ CKD Sedang Dalam Pembikinan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sempena pelancaran model EQE pada  bulan lalu,  Mercedes-Benz Malaysia (MBM) ada mengumumkan bahawa pihaknya akan melakukan proses lokalisasi model EQ pada tahun ini.

Perkara itu disahkan sumber MBM. Beliau berkata pihaknya giat melakukan proses lokalisasi model EQ dan ia dimulakan dengan model flagship EQS.

Berdasarkan data Persatuan Automotif Malaysia, terdapat 27 unit EQS 500 4Matic yang dihasilkan di Pekan, Pahang sehingga November lalu.


Ini bermakna, varian yang dipasang secara tempatan tidak sama dengan varian MBM yang diimport sepenuhnya (CBU) yang pada mulanya dilancarkan pada Julai lalu.

Malah, MBM telah memilih EQS500 4Matic  model CKD menjadi varian tertinggi berbanding model CBU.


Namun ia agak berbeza dengan dengan varian CBU EQS450+ yang dilancarkan sebelum ini kerana, EQS500 4Matic memuatkan kedua-dua rangkaian kuasa dwi-motor yang lebih berkuasa dan turut menawarkan tetapan pacuan semua roda (AWD). 

Ini bermakna, EQS mampu menghamburkan kuasa 443 hp (330 KW) dan 855 Nm, manakala mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.8 saat.

Sebaliknya, varian EQS450+ pula menghasilkan kuasa 329 hp (245 KW) dan 568 Nm tetapi hanya boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat. 


Biarpun,  pek bateri akan kekal pada 107.8 kWj, jarak pandunya akan kurang sebanyak 53km ke 87 km. Maka, dari 782 km menurun kepada 696 km berdasarkan  kitaran WLTP.

Ia juga berkongsi masa pengecasan yang sama. Kedua-dua pengecasan AC (Jenis 2) sehingga 11kW dan pengecasan pantas DC (CCS2) sehingga 200 kW manakala, status pengecasan dari 10% hingga 80% adalah sekitar 31 minit.


Buat masa ini, harga dan tarikh pelancarannya masih belum diketahui namun dengan adanya insentif untuk pembelian EV, ada kemungkinan EQS500 4Matic yang dihasilkan di Pekan ini akan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding varian CBU yang kini dijual pada harga  RM698,888.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT8471

SELANGOR

BSP2267

JOHOR

JYU7468

PULAU PINANG

PSB4097

PERAK

APG6291

PAHANG

CFG2113

KEDAH

KGF3067

NEGERI SEMBILAN

NEK1290

KOTA KINABALU

SJR3748

KUCHING

QAB5473N

Terakhir Kemas Kini 18 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-09-2022
EV

25-07-2022
Berita Auto

Mercedes-Benz EQS 450+ & 580 4MATIC Ada Fungsi OTA?

Mercedes-EQ telah mengumumkan penjualan dua model terkini keluaran mereka yang merupakan kereta saloon .

21-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.