EVM Asia 2023: SUV Mercedes-Benz EQS Dipamerkan Di Ruang Pameran ABB

SUV Mercedes-Benz EQS yang masih belum dilancarkan secara rasmi membuat penampilan awam keduanya semasa acara EVM Asia 2023
SUV Mercedes-Benz EQS yang masih belum dilancarkan untuk pasaran Malaysia kini dipamerkan oleh ABB Malaysia Sdn Bhd (ABB) di ruang pamerannya di acara EVM Asia 2023. Ekspo ini berlangsung sepanjang minggu ini di MITEC, Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 September.
Sebelum ini, SUV tersebut pernah dipamerkan di Malaysia buat pertama kalinya semasa perarakan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Putrajaya. Unit sama dengan livery bertemakan Hari Merdeka masih dapat dilihat pada model ekspo ini.
CariCarz.com dimaklumkan bahawa model ini telah dipinjamkan kepada ABB Malaysia Sdn Bhd oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) khusus untuk ekspo minggu ini.


Livery Hari Merdeka pada badan SUV berfungsi sebagai ‘pelekat samaran’ yang menyembunyikan beberapa bahagian penting model ini
Livery Hari Merdeka pada badan SUV berfungsi sebagai ‘pelekat samaran’ yang menyembunyikan beberapa bahagian penting model ini seperti logo varian, namun yang pasti, unit yang dipamerkan ini ialah sebuah SUV crossover EQS dengan rim bersaiz 22 inci. Namun dari segi mekanikal, tidak pasti sekiranya ia menggunakan sistem 4Matic dengan satu atau dua motor elektrik. Anggaran kami, ini mungkin SUV EQS 450+ yang dikuasakan oleh motor elektrik tunggal.
Model crossover yang merupakan ‘kembar’ kepada versi sedan yang dilancarkan sebelum ini ditawarkan dalam varian asas dengan motor tunggal yang dipasang di bahagian belakang untuk menggerakkan roda belakang dengan output 355 HP dan 568 NM yang membolehkannya melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam masa 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 210 KM/J.
Varian lebih tinggi, 450 4Matic dengan dua motor pula masih menghamburkan kuasa kuda yang sama namun dengan tork yang lebih tinggi, 800 NM. Varian 580 4Matic pula boleh mencapai 536 HP dan 858 NM dan yang tertinggi, EQS 680 Maybach 4Matic, merupakan versi paling berkuasa dengan output 658 HP dan 950 NM.

SUV ini dipinjamkan kepada ABB Malaysia Sdn Bhd oleh MBM untuk mempamerkan unit pengecasan DC syarikat
Semua varian EQS SUV menggunakan bateri 120 kWh (107.8 kWh) yang menyalurkan tenaga kepada motor. Bagi varian dengan motor elektrik tunggal EQS 450+, boleh mencapai jarak perjalanan EV sejauh 660 KM, manakala varian dwi-motor boleh bergerak sejauh 613 KM dan 600 KM , bergantung kepada varian.
Dari segi pengecasan, sama dengan versi sedan, SUV EQS ini boleh menerima pengecas AC sehingga 11 kW dan DC sehingga 200 kW dengan waktu pengecasan sepantas 31 minit dari 10-80%.

Berdasarkan foto ruang kabin SUV yang berjaya diambil, model ini dapat dilihat menggunakan MBUX Hyperscreen sama seperti pada sedan EQS 500 4Matic
Malangnya, unit yang dipamerkan di EVM Asia 2023 ini dikunci dari luar. Oleh itu, kami tidak dapat untuk melihat ruang dalamannya secara terperinci. Walau bagaimanapun, bahagian depan kabin dapat dilihat dengan jelas. Berdasarkan pemerhatian, sudut ini tidak jauh berbeza dengan kabin sedan EQS varian 500 4Matic.
Antara ciri utama ialah skrin infotainmen MBUX Hyperscreen dengan tiga skrin, serta pakej hiburan untuk tempat duduk belakang yang terdiri daripada dua buah skrin yang dipasang pada perehat kepala.
Selain itu, unit yang dipamerkan dilihat mempunyai dua baris tempat duduk yang boleh memuatkan lima penumpang pada satu-satu masa.
BILA MODEL INI AKAN DILANCARKAN DI MALAYSIA?

Buat masa ini, MBM masih boleh membuat sebarang pendedahan mengenai tarikh pelancaran SUV ini. Namun kami percaya model ini mungkin akan dilancarkan dalam suku terakhir tahun ini.
LIHAT SUV EQS INI DENGAN LEBIH DEKAT

Nak lihat dengan lebih dekat? Jangan lepaskan peluang untuk ke acara EVM Asia 2023 yang kini sedang berlangsung dari 19 hingga 21 September di MITEC, Kuala Lumpur.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3625
SELANGOR
BST3575
JOHOR
JD4073J
PULAU PINANG
PSF2146
PERAK
APL1472
PAHANG
CFH5857
KEDAH
KGH7835
NEGERI SEMBILAN
NEL6328
KOTA KINABALU
SJT8259
KUCHING
QAB4874P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


