Semakin Ramai Pengguna REEV Di China, Jualan Dijangka Cecah 500K Menjelang 2025

Jualan kenderaan elektrik had dilanjutkan (REEV) dijangka akan semakin tinggi sehingga 500,000 menjelang tahun 2025 di negara China. Angka tersebut adalah berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Persatuan Industri Automobil China bersama jabatan berkaitan.
Laporan itu mendedahkan, syarikat pengeluaran REEV China semakin bertambah ekoran pembangunan kenderaan tenaga baharu (NEV) selain kelebihannya yang menonjol.
REEV MENGURANGKAN KEBIMBANGAN TERBESAR PENGGUNA EV
Naib Ketua Eksekutif Persatuan Industri Automobil China, Fu Bingfeng memaklumkan, REEV merupakan produk yang penting dalam pembangunan kenderaan elektrik dan mampu mengurangkan kebimbangan pengguna EV terhadap kekurangan tenaga elektrik semasa perjalanan.

Namun dengan adanya teknologi ini, walaupun tenaga yang diterima daripada pengecasan sudah tidak lagi mencukupi untuk menampung jarak perjalanan yang selebihnya, sistem pemanjang had ini akan membekalkan tenaga elektrik kepada kenderaan.
BAGAIMANA REEV BERFUNGSI?
REEV ialah sejenis kenderaan elektrik (EV) yang dilengkapkan dengan sistem yang dapat menjana tenaga elektrik menggunakan komponen yang terdiri daripada motor, penjana elektrik dan alat kawalan.
Memetik Green Car Guide, sistem pemanjang had ini akan membekalkan tenaga kepada motor elektrik kereta yang menggerakkan roda.
PERKEMBANGAN REEV DI CHINA
Menurut laporan tersebut, dengan galakan dasar dan permintaan pasaran, prestasi pembangunan REEV di China menunjukkan perkembangan positif dengan model baharu mula diperkenalkan satu persatu, selain jualan yang meningkat pesat.
Buat masa ini, negara China memiliki lebih daripada 300 syarikat yang mengeluarkan produk berkaitan REEV dengan pendaftaran syarikat baharu meningkat sehingga 8.5% tahun lalu.
Sumber: Bernama, Green Car Guide
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge