7 Model EV Futuristik Geely Galaxy Diperkenalkan Dalam Tempoh 2 Tahun, Bermula 2023

Geely Auto Group semalam telah melancarkan siri produk elektrik mewah terbaharu, Geely Galaxy, dalam satu acara yang diadakan di Hangzhou. Model yang diperkenalkan dalam siri ini adalah termasuk sebuah SUV PHEV perjalanan jarak jauh iaitu Galaxy L7 dan sebuah kereta konsep elektrik penuh, Galaxy Light.
TEKNOLOGI GEELY GALAXY
Model elektrik yang dikeluarkan di bawah siri Galaxy ini menggunakan seni bina elektrik pintar yang khusus serta E-CMA bagi model hibrid jarak jauh. Dari segi rekaan, rangkaian model elektrik ini diberikan sentuhan futuristik.
Dalam majlis yang sama, Geely Auto turut mendedahkan pelbagai teknologi elektrifikasi yang telah dibangunkan iaitu sistem keselamatan bateri Aegis baharu, rangkaian kuasa NordThor Hybrid 8848 serta sistem operasi kenderaan pintar, Galaxy N-Operating System (Galaxy N-OS).


Galaxy Light
Model elektrik dalam siri ini merupakan yang pertama yang akan menggunakan sistem bateri keselamatan bateri Aegis yang menawarkan perlindungan tahap tertinggi kepada pengguna sepanjang jangka hayat bateri. Salah satu kelebihan bateri yang dipasangkan ialah reka bentuknya yang kini lebih kalis api dan kalis letupan serta memiliki tahap rintangan tusukan atau puncture yang lebih tinggi.
Galaxy Light
Selain itu, Geely Galaxy merupakan rangkaian model pertama yang akan menggunakan enjin hibrid khusus NordThor generasi terbaharu, NordThor 8848, yang mencapai tahap kecekapan haba puncak pada 44.26%. Sistem ini digabungkan dengan transmisi hibrid khas tiga kelajuan NordThor untuk memberikan kenderaan prestasi dan tahap penjimatan minyak yang maksimum. Penggunaan teknologi ini dikatakan dapat meningkatkan lagi penjimatan bahan api kenderaan sebanyak 15%.

Turut akan digunakan pada barisan kenderaan elektrik mewah ini ialah Galaxy N-OS yang dibangunkan di bawah strategi Smart Geely 2025. Sistem operasi ini menggunakan cip kenderaan Snapdragon 8155 Qualcomm yang membolehkan sistem dihidupkan dengan pantas. Dengan akses kepada rangkaian satelit Geely Holding Group, model-model dengan sistem operasi ini lengkap dengan sistem navigasi berketepatan tinggi selain dapat memberikan kedudukan tepat untuk fungsi pemanduan pintar.
TUJUH MODEL

Galaxy L7
Tujuh model dirancang untuk dikeluarkan bagi siri Geely Galaxy dalam tempoh dua tahun ini, yang merangkumi empat model elektrik hibrid jarak jauh seperti SUV Galaxy L7 dan sedan L6 serta tiga model elektrik sepenuhnya, Galaxy E, yang bermula dengan Galaxy E8. Penghantaran bagi L7 dikhabarkan akan bermula pada suku kedua tahun ini, L6 pada suku ketiga dan E8 pada suku keempat tahun ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7582
SELANGOR
BSU2324
JOHOR
JF2740J
PULAU PINANG
PSG1450
PERAK
APL9182
PAHANG
CFH9255
KEDAH
KGJ3503
NEGERI SEMBILAN
NEM1843
KOTA KINABALU
SJU4280
KUCHING
QAB7068P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat