- Berita
- Berita Auto
- Akan Dibuka Mac 2023! Pusat 3S Pertama BYD Di Sime Darby Motors Autocity, Ara Damansara
Akan Dibuka Mac 2023! Pusat 3S Pertama BYD Di Sime Darby Motors Autocity, Ara Damansara
-full-full_normal.jpg)
Sime Darby Motors, bahagian automotif Sime Darby Bhd telah bekerjasama dengan syarikat teknologi terkemuka China, BYD, bagi mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Kini, kita dapat menyaksikan jenama ini menapak di negara kita dengan menawarkan EV pada harga mampu milik.
Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham semasa pelancaran Atto 3 pada bulan Disember 2022, “Sime Darby berhasrat untuk menjadi peneraju EV dan ingin memacu aspirasi EV Malaysia dengan BYD.”
Model pertama yang dibawa masuk ke dalam pasaran negara, BYD Atto 3 kini telah menerima lebih 1500 tempahan dengan 100 unit pertama telah diserahkan kepada pengguna sejak awal pelancarannya pada Disember lalu. Sumber dalaman dilaporkan berkata, semua tempahan perlu dipenuhi menjelang suku kedua tahun ini. Dua model baharu, BYD Seal dan Dolphine diperkenalkan sebelum penghujung tahun ini.
-full-full_normal.jpg)
-full-full_normal.jpg)
Sime Darby Motors dan rakan pengedarnya telah memperuntukkan pelaburan berjumlah RM500 juta untuk mewujudkan rangkaian bilik pameran BYD serta infrastruktur pengecas yang meluas di negara ini. Terkini, umum hanya mengetahui sebuah bilik pameran BYD yang telah beroperasi sepenuhnya, bertempat di TREC KL, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
-full-full_normal.jpg)
-full-full_normal.jpg)
Namun begitu, baru-baru ini, CariCarz berpeluang untuk melawat cawangan bilik pamaren BYD lain di Sime Darby Motors Autocity, Ara Damansara yang kini masih dalam proses pengubahsuaian.
Kami dimaklumkan bahawa fasiliti ini akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2023 sebagai pusat 3S pertama BYD yang menawarkan perkhidmatan jualan, penyelenggaraan dan waranti. Fasiliti dua tingkat yang terletak di belakang BMW Auto Bavaria ini menempatkan sebuah bilik pameran yang luas dengan ruang menunggu dan pantri di tingkat bawah, dan di tingkat dua pula terdapat lima ruang servis.
Di lokasi sama, pemilik BYD boleh menggunakan kemudahan pengecas yang disediakan secara percuma buat masa ini iaitu dua pengecas Wallbox AC dan pengecas StarCharge DC 180 kW (2 port x 90kW).
-full-full_normal.jpg)
-full-full_normal.jpg)
Berdasarkan perancangan awal, syarikatnya akan menyediakan lebih banyak pusat 3S termasuk di Pulau Pinang dan Johor sebelum separuh pertama 2023 dan membuka banyak lagi ruang pameran kecil lain di pusat membeli-belah dan lot kedai yang mudah dilawati orang ramai.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit
Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.
26-02-2025
Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari
Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
10-01-2025
Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW
Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.
20-11-2024
BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors
Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.
02-10-2024
BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800
Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.
06-09-2024
Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa
Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
26-06-2024
UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby
Sime Darby Berhad kini pemegang 100% kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW).
24-03-2024
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat