Berminat Dengan Corolla Cross GR Sport? Harga RM142K

Selain Hilux GR Sport, UMW Toyota Motors turut memperkenalkan satu lagi varian terbaharu GR Sport, Toyota Corolla Cross 1.8L GR Sport.

Jentera sporty ini dijual pada harga RM142,000, atas jalan tidak termasuk insurans.
Mengenai daya prestasinya, ia disumbat dengan enjin 1.8 liter empat-silinder Dual VVT-i petrol. Ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 139 PS dan tork 172 Nm.
Ia juga digandingkan dengan transmisi Sequential Shiftmatic 7-kelajuan (CVT). Dengan adanya, pendikit kawalan elektronik, transmisi ini didakwa lebih responsif, lancar dan cukup senyap.

Menjengah bahagian luarannya, ia dibezakan dari varian lain melalui pakej luaran dua-tona dengan kemasan hitam bagi cermin sisi, bumbung dan spoiler belakang.
Bahagian belakangnya pula, ia dihiasi dengan lampu belakang jenis LED, terdapat sporty diffuser; rekaan gril dengan penyudah hitam dan rekaa mesh yang lebih mengancam.
Ia juga dilengkapi dengan rim aloi 18 dan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Platinum White Pearl dua tona, Red Mica Metallic dua tona dan Nebula Blue dua tona.

Menjenguk bahagian dalamannya pula, ia dihiasi dengan ruang dalaman berwana serba hitam dengan jahitan kontras merah untuk stereng, manakala tombol gearnya pula dibaluti dengan kulit.
Sementara itu, kerusinya dibalut dengan kulit,terdapat juga logo GR di butang Push Start dan tekapan pada perehat kepala; dan tikar pelapik dengan rekaan GR.

Jika diamati dengan lebih dekat, ia kelihatan hampir serupa dengan Corolla Cross 1.8V.
Ini kerana terdapat rel bumbung, tempat duduk pemandu larasan lapan cara, tempat duduk belakang boleh laras, skrin infotainmen sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta pintu belakang berkuasa dengan kick sensor.
Ia juga dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 2.0, paparan panorama 3D, tujuh beg udara SRS dan sistem telematik kenderaan (VTS).
Apa pula pandangan anda mengenai Toyota Corolla Cross GR Sport?
Kongsikan pendapat anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

