ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi kerana syarikat-syarikat pengeluar kereta mula memasuki peringkat akhir untuk memenuhi kesemua tempahan yang tidak dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata TIV pada bulan Januari walaupun susut 36% dengan jualan mencecah 49,000 unit berbanding rekod yang tinggi pada Disember 2022, prestasi tersebut masih lagi merupakan rekod permulaan tahunan yang tertinggi sejak Januari 2015. 


Baca: Data MAA Menunjukkan Jualan Kereta Turun Pada Bulan Lepas, Tapi Ada Sebabnya..


Lonjakan jualan dan pengeluaran ini banyak disumbangkan oleh Proton dan Perodua walaupun pada Januari 2022, industri berdepan dengan cabaran gangguan rantaian bekalan akibat banjir.




"Kami terus menjangkakan prestasi perolehan suku keempat 2022 dan suku pertama 2023 yang kukuh memandangkan syarikat-syarikat pengeluar kereta berada dalam fasa terakhir untuk menyempurnakan tempahan yang dikecualikan daripada SST sebelum tamatnya Jun lalu.


"Malahan, kami juga berpandangan bahawa sesetengah syarikat boleh menampung kos SST berkenaan sekiranya mereka gagal menghantar kereta yang ditempah kepada pelanggan sebelum tarikh tamatnya pada hujung Mac ini. Melihat pesanan sedia ada yang sangat banyak, kami fikir prestasi suku-suku yang berikutnya akan terus kukuh.




"Pilihan utama kami ialah UMW dan MBM (masing-masing memiliki 38 peratus dan 20 peratus daripada pegangan saham Perodua) yang berperanan sebagai proksi kepada prestasi Perodua yang mungkin memecah rekod tahunan yang didorong oleh pelancaran model Perodua Alza 2022 dan model baharu Perodua Axia dilancarkan baru-baru ini. Kami ingin tekankan bahawa MBM, Bermaz Auto dan Sime Darby merekodkan juga kadar hasil dividen yang menarik," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Berdasarkan jangkaan RHB Investment Bank, TIV pada 2023 ialah 680,000 unit, 6% lebih rendah berbanding rekod tertinggi yang dicatatkan pada 2022.


"Kami berpendapat bahawa angka TIV yang tinggi ini akan disokong oleh tempahan sedia ada dan pelancaran baharu tahun depan.


"Persatuan Automotif Malaysia (MAA) kini meramalkan TIV pada 2023 sebanyak 650,000 unit, manakala anggaran dalaman Perodua berada pada 705,000 unit," katanya.


Sumber: Berita Harian



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2023
Berita Auto

19-01-2023
Berita Auto

19-01-2023
Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026
Berita Auto

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.

17-09-2026
Berita Auto

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.