ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Potong Bonus Eksekutif Syarikat Termasuk CEO Kerana Prestasi Mengecewakan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ibu pejabat Ford Motor Co. di Dearborn, Michigan


Syarikat pengeluar kereta Amerika Syarikat, Ford Motor Co. telah memotong bonus prestasi pengurus kanannya, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif syarikat,  Jim Farley, kerana prestasi yang tidak memuaskan termasuk dalam hal pengurusan isu bekalan yang menyebabkan syarikat tidak berjaya mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan.


Lapor Bloomberg, pekerja atasan atau eksekutif-eksekutif syarikat tersebut tetap akan menerima bonus namun tidak sebanyak yang layak diterima seperti yang dinyatakan dalam pelan  pampasan insentif tahunan syarikat iaitu bonus 148%, sebaliknya hanya menerima pembayaran bonus 90%.


Logo Ford


Bagaimanapun, pemotongan bonus ini tidak memberi kesan kepada pekerja berpangkat lebih rendah termasuk pekerja bergaji, maklum memo dalaman Ford


“Realitinya masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan [kualiti] pelaksanaan dan mengukuhkan lagi perniagaan kami, seperti yang ditunjukkan oleh hasil pendapatan kami,” jelas Ford dalam memo sama yang telah ditandatangani oleh Farley dan Ketua Pegawai Kewangan, John Lawler. 



Ketua Pegawai Kewangan Ford, John Lawler


“Pemimpin kanan syarikat memiliki impak besar yang dapat memacu hasil perniagaan dan mestilah memenuhi standard tinggi yang kami perlukan untuk membina pertumbuhan yang menguntungkan Ford,” tambahnya. 


Saham Ford dilaporkan jatuh 1% dalam dagangan lanjutan pada Jumaat lalu selepas penurunan sebanyak 7.6% dalam dagangan biasa. Kejatuhan ini merupakan yang terbesar dalam masa sehari sejak 20 September, ketika syarikat mengeluarkan amaran berkenaan kos inflasi. 


Lawler mendedahkan bahawa Ford terpaksa meningkatkan usaha untuk mengurangkan kos termasuk kemungkinan membuang pekerja.

Sumber: Bloomberg

Baca: Ford Kembali Ke F1?

Baca: Ford Bakal Jual Kilang Di Jerman Kepada BYD

Baca: Ford Mustang Mach-E Kini Di Malaysia, Diimport Oleh G-Mart Group, Harga Dari RM450K! Apa Yang Menarik?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1896

SELANGOR

BST1322

JOHOR

JC8464J

PULAU PINANG

PSE9351

PERAK

APK8494

PAHANG

CFH5135

KEDAH

KGH6571

NEGERI SEMBILAN

NEL5289

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 23 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

05-02-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025
EV

12-08-2025
Berita Auto

12-08-2025
Global

07-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.

23-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026
Berita Auto

Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja

Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.

20-08-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.

20-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.