Generasi Baharu Mazda MX-5 Bakal Muncul, Namun Tidak Bagi CX-5?

Baru-baru ini dilaporkan bahawa generasi terbaharu roadster ikonik MX-5 bakal ditawarkan, namun tidak bagi model SUV crossover, CX-5.
"Tidak pasti sekiranya kami akan memperkenalkan CX-5 baharu atau tidak, maka saya tak boleh memberikan sebarang perincian,” jawab Pengurus Produk bagi CX-5, Mitsuru Wakiie apabila ditanya oleh portal Motor1 mengenai sama ada SUV crossover tersebut akan menerima keluaran generasi ketiga pada masa akan datang.



Pendedahan ini agak mengejutkan memandangkan bukannya sedikit, tetapi sejumlah 365,135 unit CX-5 telah dikeluarkan dan diserahkan di seluruh dunia menjelang penghujung tahun 2022. Angka tersebut menjadikan CX-5 model terlaris Mazda setakat ini. Pemberhentian pengenalan generasi baharu bagi sebuah model yang diminati ramai kedengaran agak ganjil.
Mungkin Mazda ingin memberikan lebih tumpuan terhadap model baharu yang lebih besar lain seperti CX-50, CX-60 dan yang akan datang, CX-70?
Model generasi kedua CX-5 diperkenalkan pada tahun 2017 ekoran kejayaan yang dicapai daripada CX-5 generasi pertama mula dipasarkan pada tahun 2012.
Walaupun ‘harapan’ untuk melihat generasi terbaharu CX-5 pada masa akan datang akan tipis, Mazda menjanjikan pembaharuan atau pengenalan generasi baharu bagi model ikonik lain syarikatnya, MX-5 yang turut dikenali sebagai Miata atau Roadster bergantung kepada pasaran.

Ketua Pegawai Operasi Mazda di Eropah, Martijn ten Brink mengesahkan perkara ini apabila mengatakan bahawa sportscar tersebut “tidak akan mati,” kepada Autocar.
Selain itu, konsep Vision Study yang ditunjukkan Mazda baru-baru ini mendedahkan hasrat Mazda untuk bukan sahaja menghasilkan kenderaan yang seronok dipandu, tetapi juga untuk mengekalkan kereta sports sebagai antara pilihan dikekalkan dalam barisan generasi akan datang.
Turut terdapat kemungkinan, kehadiran versi elektrik MX-5 tidak lama lagi. Persoalan sama ada ia akan dihasilkan berdasarkan konsep Vision Study atau tidak, ataupun sekurang-kurangnya berkongsi beberapa elemen rekaannya, kekal menjadi tanda tanya.
![]()
Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah SUV generasi baharu lain daripada Mazda dapat mengisi ‘kekosongan’ kerana ketiadaan CX-5 sekiranya ia benar-benar dihentikan kelak? Adakah anda tertarik dengan MX-5 versi EV? Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD8417
SELANGOR
BSR1876
JOHOR
JYB4320
PULAU PINANG
PSD3602
PERAK
APJ4436
PAHANG
CFG9012
KEDAH
KGG6984
NEGERI SEMBILAN
NEK7493
KOTA KINABALU
SJS6017
KUCHING
QAB674P
Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat