- Berita
- Berita Auto
- GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi
GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

Nampaknya, GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY G9, baru-baru ini.
Untuk makluman, GWM WEY G9 ini telah pun didedahkan dua kali di Malaysia namun masih belum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
Terbaharu GWM Malaysia sekali lagi mendedahkan model tersebut di halaman Facebooknya dan secara terang-terangan ia sebenarnya adalah pesaing terdekat, Toyota Alphard dan Vellfire .


Berdasarkan imej teaser itu, nampaknya GWM Malaysia akan melancarkan secara rasminya GWM WEY G9 tidak lama lagi.
Selain nama baharu dan perkataan "coming soon", tiada butiran lain didedahkan setakat ini.

Apa yang pasti, WEY G9 akan hadir dengan trenkuasa elektrifikasi.
Ia dikhabarkan akan menggunakan enjin petrol turbo 1.5L 4-silinder bersama dua motor elektrik, satu di depan dan satu lagi di belakang.
Model berkenaan dikatakan akan disumbat dengan pek bateri berkapasiti 37.96 kWh. Untuk itu, ia mampu ia menghasilkan 487 PS dan menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 140 km mengikut piawaian CLTC.



Selain itu, GWM WEY G9 untuk pasaran Malaysia dijangka menawarkan pelbagai ciri utama seperti kerusi kapten baris kedua dengan fungsi urut, skrin infotainmen besar 15.6 inci dengan sistem operasi Coffee OS 3 generasi baharu GWM, dan banyak lagi.
Mengenai tarikh pelancaran, GWM Malaysia pada awalnya menyasarkan suku ketiga tahun ini. Jika rancangan tidak berubah, tempahan dijangka akan dibuka selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Menegnai harga, ia masih menjadi tanda tanya. Sebagai rujukan, UMW Toyota Motor menjual Alphard pada harga RM538,000 dan Vellfire pada RM438,000.

Saingan rapat lain ialah GAC M8, yang telah dibuka untuk tempahan sejak Mei lalu dengan anggaran harga RM333,000.
Jadi, dijangka model GWM ini akan dijual jauh lebih rendah berbanding kedua-dua jenama Toyota itu namun hampir setara dengan pesaing dari GAC.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2261
SELANGOR
BSU8075
JOHOR
JG8659J
PULAU PINANG
PSH1992
PERAK
APM7053
PAHANG
CFJ3301
KEDAH
KGJ6948
NEGERI SEMBILAN
NEM4975
KOTA KINABALU
SJU9736
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
