Ibu Ini Tidak Tahan Sebak, Hilang Dua Anak Serentak Dalam Kemalangan Ngeri

Tidak dapat dibayangkan betapa sedihnya hati seorang ibu apabila dua anak yang telah dibesarkan pergi serentak dalam sekelip mata.
Ibu ini, Fauziah Sulong, 59, terpaksa menerima kenyataan bahawa kedua-dua anak perempuannya, Suhada Ramli, 22, dan Nazira, 23, maut selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan treler di Kilometer 27 Jalan Ibam-Rompin, kelmarin.
Tragedi sekitar jam 10 malam itu turut meragut nyawa rakan mereka, Nurul Natasha Ahmad Akbal, 22.
Tidak Sedap Hati
“Apabila melihat Suhada pulang kerja awal untuk keluar makan, tiba-tiba saya rasa tidak sedap hati dan bimbang ada sesuatu berlaku padanya,” ujar ibu ini yang tidak dapat menahan sebak.

Siapa sangka perasaan itu sebenarnya petanda dua anaknya akan pergi bertemu Ilahi memandangkan Suhada sebelum ini tidak pernah pulang kerja seawal jam 2 petang.
“Saya tanya dia kalau hendak bawa kakak sekali. Lalu saya dan suami mengambil Nazira pulang kerja dan kami berhenti kereta di separuh jalan sebelum Nazira kemudiannya menaiki kereta dipandu adiknya (Suhada) itu.
“Sebelum mendapat berita tentang kemalangan itu, abangnya sudah menghantar mesej bertanya di mana dan mereka membalas sudah dalam perjalanan pulang.

"Sebelum itu, Suhada yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik tidak pula memberitahu destinasi mereka,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Muadzam Shah di sini, semalam.
Reda Dengan Pemergian Anak
Menurut Fauziah, dia reda atas pemergian kedua-dua anaknya itu, tetapi hatinya bertambah sayu kerana hari ini sebenarnya merupakan ulang tahun kelahiran Nazira.
Sebelum berlakunya peristiwa yang meragut kebahagian keluarga itu, Nazira ada memberikan sekeping gambar melalui WhatsApp.
“Saya bertanya pergi mana? Tetapi kedua-duanya tidak memberitahu hanya menyatakan pergi makan-makan. Kami bergurau menyatakan saya pun hendak makan juga tetapi Nazira memberitahu esoklah (malam ini) kita pergi makan-makan memandangkan hari ini (semalam) cuti.

Dari kiri: Suhada Ramli, Nazira dan Nurul Natasha Ahmad Akbal yang menemui ajal dalam kemalangan selepas bertembung dengan treler
"Kini mereka berdua sudah tidak ada, saya reda dengan kehilangan dua anak sekali gus namun berasa sangat sedih bila membayangkan wajah dua beradik itu, tambahan mereka sangat rapat seakan kembar dan segala aktiviti banyak dilakukan bersama-sama,” katanya.
Perginya Anak Yang Paling Ceria
Sementara itu, Ahmad Akbal Mohd, 61, yang merupakan bapa kepada Nurul Natasha berkata, pemergian anak yang keenam daripada tujuh beradik itu cukup dirasakan kerana dialah anak yang paling ceria, suka bergurau-senda dan sering mengusik ahli keluarga.
“Dia (Nurul Natasha) tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam tempoh terdekat ini memandangkan masih kelihatan ceria dan ringan tulang membantu kami seperti biasa. Kepulangannya ke kampung kali ini berikutan cuti seminggu memandangkan dia sedang menduduki peperiksaan akhir semester yang tinggal hanya dua kertas. Nurul Natasha memang suka pulang ke kampung jika ada cuti walaupun empat hari. Jadi kali ini, dia ambil keputusan untuk pulang.

“Kebiasaannya setiap kali pulang ke Felda Selendang 1, dia keluar berjumpa dengan dua rakannya yang sudah bekerja. Mreka sudah kenal sejak lagi,” katanya.
Punca Kemalangan
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, maklumat awal mendedahkan bahawa kemalangan berpunca daripada Perodua Myvi yang dipandu Suhada dari arah Muadzam ke Rompin terbabas ke lorong bertentangan sebelum merempuh treler.


“Susulan pertembungan itu, pemandu dan dua penumpang kereta meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta badan,” katanya.
Al-fatihah. Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Sumber: Utusan | Foto: Media sosial/Orang ramai
Baca: "Kemalangan Maut Semakin Tinggi Berbanding Kes Covid," -Anthony
Baca: 55 Jam Terperangkap Dalam Kereta Terbalik, 3 Kanak-Kanak Selamat Tetapi...
Baca: Anak 4 Tahun Ini Masih Belum Tahu Ibu, Ayah, Adik Maut Kemalangan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3415
SELANGOR
BSV630
JOHOR
JH3568J
PULAU PINANG
PSH3831
PERAK
APM9147
PAHANG
CFJ3986
KEDAH
KGJ8016
NEGERI SEMBILAN
NEM5768
KOTA KINABALU
SJV1648
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gaji RM1,700 Kereta Apa Yang Boleh Dibeli? Ini Senarai & Kiraannya
Kereta Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Gaji RM1,700.
28-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun
Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?
08-03-2026
Berita Terkini
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge