- Berita
- Berita Auto
- JPJ Beri Amaran Keras, Jangan Pinjamkan Kenderaan Kepada Warga Asing Atau Anda Akan Diheret Ke Mahkamah
JPJ Beri Amaran Keras, Jangan Pinjamkan Kenderaan Kepada Warga Asing Atau Anda Akan Diheret Ke Mahkamah

Rakyat di negara ini dinasihatkan supaya jangan sesekali meminjamkan kenderaan anda kepada warga asing.
Ini kerana anda kini boleh diheret ke mahkamah atas kesalahan meminjamkan kenderaan kepada warga asing.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata jika sebelum ini pemilik asal hanya dikenakan kompaun tetapi pihaknya sedang berusaha membawa kes berkaitan ke mahkamah sebagai pengajaran.
“Semakin ramai warga asing terutama etnik Rogingya dikesan memandu kereta dan menunggang motosikal yang dipinjam daripada pemilik yang juga warga tempatan termasuk dipinjamkan oleh majikan masing-masing.

"Mereka ini tidak mempunyai lesen memandu dan kenderaan juga ada yang tiada insurans, jadi jika terbabit dalam kemalangan atau kesalahan jalan raya, memang menimbulkan masalah besar.
"Jadi, kami sedang berusaha untuk membawa kes itu ke mahkamah bagi memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan berbanding sebelum ini hanya dikenakan kompaun sahaja,” katanya.

Beliau turut mengakui etnik Rohingya dilihat semakin berani apabila memandu kereta.
Ini mungkin ada kaitan kerana mereka adalah pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) menyebabkan mereka berasa kebal.
“Pemegang kad UNCHR menganggap mereka memiliki 'lesen besar' dan kebanyakan yang ditahan adalah memandu kereta dan menunggang motosikal roda tiga berbanding warga Bangladesh yang lebih suka berbasikal,” tambahnya.

Buat masa ini, JPJ akan sita terus kenderaan yang dipandu mereka. Jadi, fikir dua kali sebelum meminjamkan kenderaan anda kepada mereka.
Apa pula pandangan anda mengenai isu ini?
Kongsikan..
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju
Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.
17-03-2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat