Lebih 1.2 Juta Kenderaan Terjual Tahun 2022, Ini Strategi Kejayaan Chery...

Chery capai jualan lebih 100,000 unit secara berturut-turut selama lapan bulan sejak Jun 2022 termasuk Januari tahun ini dengan jualan sebanyak 101,379 unit kenderaan, lebih 16.5% berbanding tempoh sama tahun lalu. Model yang menerima permintaan tinggi ialah siri Tiggo 8 dan Tiggo 7 yang masing-masing terjual sebanyak 10,856 dan 12,768 unit pada bulan Januari.
Secara keseluruhannya, Chery mencatatkan rekod jualan global mencecah 1.23 juta unit sepanjang tahun lalu, dan hampir setengah juta unit di luar negara China, peningkatan 68% berbanding tahun sebelumnya. Prestasi ini menjadikan Chery sebagai syarikat pengeksport kenderaan penumpang nombor satu China selama 20 tahun berturut-turut.
PRODUK YANG HEBAT


Kajian Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL) JD Power 2022 mendedahkan Tiggo 8 Pro menduduki tempat kedua dalam segmen SUV bersaiz sederhana dan telah memenangi beberapa anugerah seperti:
‘Model Paling Inovatif 2022’ di Arab Saudi
‘SUV Bersaiz Sederhana Terbaik Tahunan’ di Mexico
‘Kenderaan Crossover Saiz Sederhana Terbaik’ di Pameran Motor Antarabangsa Filipina CAMPI
Sementara itu Tiggo 8 Pro PHEV pula pernah dinobatkan sebagai ‘Enjin Bawah-2.0 liter Terbaik’ dan Tiggo 8 terpilih sebagai ‘SUV Terbaik Tahunan’ di Brazil.
FAKTOR KEJAYAAN
Pengeluar kenderaan dari negara China ini tidak henti membangunkan teknologi baharu dengan adanya penyelidikan dan pembangunan (R&D) kendiri. Chery memiliki lima pusat R&D di seluruh dunia dengan sejumlah 7,000 jurureka dan jurutera berpengalaman yang pernah bekerja dengan syarikat automotif terkemuka lain.
Pada September tahun lalu, Chery telah melancarkan strategi teknologi canggih 2025 melalui pengenalan ‘Technology Chery.’ Susun atur Chery bukan sahaja merangkumi pelbagai bidang seperti teknologi teras tradisional dan teknologi CASE (Connected, Autonomous, Sharing dan Electric), tetapi juga meliputi pelbagai dimensi seperti sistem asas, teknologi canggih, platform perkongsian, ekonomi digital, rantaian nilai dan ekosistem.


Pelbagai pencapaian telah dibuat melalui strategi yang menjadi ekosistem inovasi syarikat, ia telah menyumbang kepada peningkatan daya saingnya, sekaligus membantu pertumbuhan jualan Chery Group di peringkat global.
Teknologi siri Q-POWER, kabin pintar Lion dan seni bina elektronik dan elektrik EEA 4.0 misalnya digunakan secara meluas dalam kebanyakan model kereta keluaran Chery, ini merupakan sebahagian daripada manifestasi ‘Technology Chery’ yang menggalakkan evolusi produk yang pantas untuk menawarkan kelebihan yang berbeza bagi setiap segmen pasaran.
Untuk tahun 2023, Chery menyasarkan untuk bergerak lebih jauh ke hadapan dengan menggunakan strategi ‘Technology Cherry’ yang sama.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL6097
SELANGOR
BSS9221
JOHOR
JC6216J
PULAU PINANG
PSE8104
PERAK
APK7510
PAHANG
CFH4829
KEDAH
KGH6147
NEGERI SEMBILAN
NEL4834
KOTA KINABALU
SJT5920
KUCHING
QAB4199P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera
Tragedi Lori Imigresen: PM Arah Siasatan Segera Kematian 3 Beranak.
19-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit
Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.
18-08-2026
Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai
Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.
18-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat