Pangkalan Data mySIKAP Telah Diintegrasikan Dengan Agensi Lain Sejak 2007

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim dalam kenyataan hari ini berkata pangkalan data sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diintegrasikan dengan pihak berkuasa lain sejak 2007.

Katanya, pengintegrasian pangkalan data sistem itu melibatkan agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pengumuman Projek Rintis Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) JPJ oleh Menteri Pengangkutan baru-baru ini disambut baik oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman (Datuk Mat Kasim Karim).
Baca: “Gagal Tunjuk Cukai Jalan Digital Kena Saman?” 6 Persoalan Cukai Jalan Digital Ini Terjawab

“JSPT melalui peralatan Mobile Computerized On-Line Payment System (MCOPS), juga boleh melakukan semakan integrasi dengan sistem mySIKAP JPJ atau paparan kod QR untuk semakan nombor kenderaan dan nombor kad pengenalan,” kata Zailani dalam kenyataan itu.
Baca: Aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ Kini Lebih Selamat Daripada Dulu
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan media oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semalam yang bertajuk ‘Semua Pihak Mesti Sepakat Tentang Cukai Jalan, Lesen Memandu Digital, Kata Bekas KPN’.

Jelas Musa dalam kenyataannya itu berkata, inisiatif pendigitalan JPJ yang tidak lagi memerlukan pengguna mempamerkan cukai jalan dan hanya perlu menggunakan aplikasi MyJPJ itu memerlukan kajian yang mendalam daripada Kementerian Pengangkutan.
Musa turut mempersoalkan bagaimana penguatkuasaan boleh dijalankan oleh agensi lain, selain JPJ sekiranya agensi lain itu tidak mempunyai akses kepada pangkalan data lesen digital, memandangkan peraturan dan undang-undang jalan raya bukan hanya dikuatkuasakan oleh JPJ.
Sementara itu Zailani menjelaskan projek pendigitalan berkenaan adalah projek rintis dan akan memastikan usaha penambahbaikan secara berterusan inisiatif JPJ itu dilaksanakan untuk memastikan keberkesanannya.
Sumber: Bernama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4596
SELANGOR
BSU3431
JOHOR
JF5040J
PULAU PINANG
PSG3080
PERAK
APM1461
PAHANG
CFH9806
KEDAH
KGJ4132
NEGERI SEMBILAN
NEM2419
KOTA KINABALU
SJU4962
KUCHING
QAB7404P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.
04-07-2025
Penggunaan Lesen Digital Buat Jalan Sesak? Ini Jawapan Pengarah JSPT
Penjelasan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengenai penggunaan sistem digital semasa sekatan jalan raya.
21-02-2023
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Jadikan Kes Ini Pengajaran: Kenapa Aplikasi MyJPJ Tak Boleh Guna Di Luar Negara?
Masih ramai tidak tahu, aplikasi MyJPJ tidak laku di luar negara.
13-07-2026
CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?
Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ
10-06-2026
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih
Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.
29-04-2026
Lesen Mati Lebih 36 Bulan Tak Dapat Subsidi Budi95
Syarat Baharu BUDI95: Pastikan Lesen Memandu Aktif, Elak Hilang Kelayakan Subsidi.
26-03-2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

