Versi Terbaharu Kereta Lumba, McLaren 700S GT3 EVO

Dikhabarkan McLaren Motorsport telah mempertingkatkan kereta lumbanya, 720S GT3 EVO supaya kekal kompetitif untuk musim perlumbaan GT3 2023.
Ia didatangkan dengan nama EVO kerana dinaik taraf dari siri 720S GT3 yang bermula sejak 2018.
Maka untuk perlumbaan itu, bagi pasukan yang sudah memiliki 720S GT3, mereka boleh mengambil pakej naik taraf atau membeli terus unit baharu untuk berlumba.

Untuk makluman, sebahagian daripada homologasi untuk peraturan GT3 2023 semasa, kereta lumba itu dilihat memenuhi semua keperluan untuk bertanding kerana terdapat pengikat buka cepat (quick release) di bahagian bampar hadapan dan splitter.

Ini membuatkan ia mudah ditanggal dan diganti baharu.
Malah, ia juga memiliki ciri aerodinamik lebih baik dan dapat meningkatkan daya mendap keseluruhan dan memindahkan keseimbangan keseluruhan ke bahagian depan.
Ia juga dilengkapi dengan lohong pada bonet hadapan sekali gus membantu mendapatkan keseimbangan dan juga penyejukan.
Perubahan lain yang dibuat pada model yang dinaik taraf ini ialah kedudukan lampu tambahan telah ditukar bagi memberi penglihatan yang lebih baik pada waktu malam dan juga perlumbaan untuk jarak jauh.
Menjengah bahagian belakang, tiang sayap kini agak tinggi bagi meningkatkan daya mendap tanpa menjejaskan keseimbangan keseluruhannya.
Selain itu, jentera ini turut memfokuskan bahagian suspensi dengan penggunaan penyerap hentak boleh laras baharu TTX40 Öhlins.

Ia juga mempunyai empat arah larasan dengan omboh frekuensi tinggi dan panjang boleh laras.
Antara perubahan lain ialah kedua-dua wishbone bahagian atas depan dan belakang turut ditukar, manakala angkup brek depan GT3 EVO kini jenis bolt.
Di sebalik kereta lumba GT3 yang sudah dinaik taraf, ada satu lagi versi kereta lumba iaitu 720S termasuk GT3X yang dikeluarkan beberapa tahun lalu.

Namun malangnya, ia tidak mematuhi peraturan GT3. Bagaimanapun, versi 720S sudah ditamatkan pengeluarannya dan ia sudah pun ada penggantinya.
Anda boleh membaca pengganti model 720S di sini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
McLaren Daniel Ricciardo 720S Edisi Terhad: Hanya 3 Unit Dikeluarkan!
McLaren menghasilkan versi terhad dan eksklusif model 720S.
01-11-2021
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge