ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo Cars Umum Prestasi Jualan & Operasi 2022, Pendapatan Tertinggi Dalam Sejarah

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Volvo Cars baru-baru ini telah melaporkan keuntungan operasi yang termasuk usaha sama dan syarikat bersekutu yang sebanyak 22.3 bilion  Swedish krona (SEK) dengan margin keuntungan 6.8% sepanjang tahun 2022. Syarikat berjaya membuat pencapaian cemerlang tersebut walaupun industri berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti masalah bekalan, penutupan di China serta kenaikan harga bahan dan kos logistik tahun lalu.  




Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan berkata, “Kami telah mengharungi pelbagai cabaran besar dan mengalami kemajuan yang ketara dalam usaha mencapai cita-cita strategik kami pada tahun 2022. Pencapaian ini seiring dengan perjalanan kami untuk menjadi sebuah syarikat kereta elektrik yang sepenuhnya menjelang penghujung dekad ini serta misi kami untuk menjadi neutral iklim menjelang tahun 2040.”


Baca: Volvo Akan Perkenal 6 EV Baharu Sebelum Tahun 2027


Tahun lalu, penjualan kereta elektrik Volvo meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, 11% daripadanya disumbangkan oleh kereta elektrik sepenuhnya, berbanding 4% pada tahun 2021. Pada suku keempat, penjualan kereta elektrik sepenuhnya merekodkan mata tertinggi pada 18%, berbanding 6% tempoh sama tahun lalu. 


Jualan kereta Rechange yang termasuk kereta elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in juga kukuh dengan syer 33% tahun 2022, dan 41% pada suku keempat. 




Sepanjang tiga bulan terakhir tahun lalu juga, Volvo Cars mencatatkan prestasi membanggakan untuk pasaran di Brazil, Uruguay, Thailand, dan Indonesia. Pasaran-pasaran ini mencapai syer jualan untuk Recharge sebanyak 100% semasa suku keempat, diikuti oleh Norway sebanyak 98%, Ireland dengan 91% dan Sweden dengan 89%. 


Baca: EV Terkecil & Termurah Volvo, EX30, Bakal Diperkenalkan Jun 2023, Sasar Golongan Muda


Secara keseluruhannya, Volvo Cars mencatatkan pendapatan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 330.1 bilion SEK. Antara faktor pencapaian tersebut ialah campuran produk yang lebih baik, realisasi harga kereta yang lebih tinggi, kadar pertukaran asing, dan pembuatan kontrak dengan Polestar.


Dalam aspek operasi, pada tahun 2022, EBIT termasuk JV dan syarikat-syarikat bersekutu mencapai 17.9 bilion SEK, turun 15.7% berbanding 2021. Margin EBIT untuk sepanjang tahun tersebut kekal pada 5.4%


Walaupun dengan campuran produk yang menarik dan harga yang kukuh, prestasi EBIT terkesan oleh kekurangan volum yang disebabkan oleh kekangan pengeluaran, peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan, serta pembelian semikonduktor secara langsung. 


Untuk tahun 2023, syarikat tersebut menjangkakan harga bahan mentah, terutamanya litium, akan kekal pada harga tinggi dan pembelian semikonduktor secara langsung masih akan diteruskan.


EBIT termasuk JV dan syarikat-syarikat bersekutu mendapati sebanyak 22.3 bilion SEK untuk tahun tersebut, meningkat 10% berbanding 2021. Hal ini menyaksikan margin EBIT mencapai 6.8% untuk tahun tersebut. EBIT yang lebih tinggi pada tahun 2022 ini disebabkan oleh kesan perakaunan pegangan saham Volvo Cars dalam Polestar berikutan penyenaraian mereka di Bursa Saham Nasdaq di New York tahun lepas.


Pengeluaran Volvo Cars menunjukkan pertumbuhan yang baik memasuki separuh kedua tahun lalu, lebih-lebih lagi pada suku keempat. Sepanjang enam bulan terakhir 2022, pembuatan meningkat sebanyak 15% berbanding di separuh pertama kerana keadaan bekalan yang bertambah baik.




Jumlah langganan aktif meningkat sebanyak 49% pada penghujung 2022  berbanding tahun lepas. Untuk sepanjang tahun 2022, jualan dalam talian meningkat 17% berbanding 2021 disumbangkan oleh permintaan yang semakin bertambah dan juga tawaran yang semakin pelbagai.


Momentum penjualan yang kukuh bagi barisan kereta elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in Recharge telah menyumbang kepada pengurangan CO2 pada setiap kereta sebanyak 15%, berbanding dengan penanda aras pada tahun 2018. Rekod pengurangan ini menyokong cita-cita pertengahan dekad Volvo Cars untuk mengurangkan kadar pelepasan CO2 pada setiap kereta sebanyak 40%.




Baca: Volvo Akan Perkenal 6 EV Baharu Sebelum Tahun 2027

Baca: SAH: Volvo Car Malaysia Akan Eksport Kereta EV Ke Filipina, Vietnam

Baca: Volvo C40 Recharge Pure Electric, 408hp, 660nm, harga RM 288,888

Baca: EV Terkecil & Termurah Volvo, EX30, Bakal Diperkenalkan Jun 2023, Sasar Golongan Muda


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

28-08-2025
Global
Teknologi

23-05-2025
Global

02-04-2025
EV

06-03-2025
EV

04-03-2025
EV

07-06-2024

Berita Terkini

EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.