Dalam Pembikinan, Trak Pikap EV Mitsubishi

Pada tahun lepas, Toyota ada menayangkan trak pikap Hilux versi elektrik sepenuhnya, namun jenama itu kini akan berhadapan dengan persaingan sengit memandangkan seterunya, Mitsubishi bakal melancarkan trak pikap pada tempoh terdekat ini.
Ini kerana Mitsubishi ada mengumumkan strategi jangka sederhana yang dikenali sebagai "Challenge 2025” dimana kita bakal menyaksikan sekurang-kurangnya 16 buah model akan dilancarkan.
Untuk itu, Mitsubishi Triton elektrik akan menjadi salah satu daripada model elektrik yang dirancang untuk 5 tahun akan datang, termasuk Mitsubishi ASX yang berasaskan Renault Captur dan Mitsubishi Colt yang berasaskan Renault Clio untuk Eropah.
Dikhabarkan, selain EV, terdapat juga model-model yang terdiri daripada enjin pembakaran dalaman dan elektrik termasuk ada model yang akan bakal menggantikan Triton.


Pengganti Triton dijangka tiba pada hujung tahun ini dan ada beberapa petunjuk bahawa ia bakal berkongsi platform yang sama seperti Nissan Navara.
Apa yang cukup menarik, Mitsubishi akan membangunkan trak pikap elektrik serba baharu.
Berdasarkan siluet bahagian luar, kami meramalkan trak pikap EV ini cukup berbeza dengan Navara yang berasaskan daripada generasi Triton.


Bagaimanapun, tiada sebarang butiran khusus didedahkan tetapi kita mungkin akan menyaksikan trak pikap elektrik serba baharu ini sebelum ia memasuki fasa pengeluaran.
Selain trak pikap elektrik, strategi itu juga menyaksikan Mitsubishi akan menawarkan lapan model elektrik.
Antaranya, versi hibrid, MPV tiga baris tempat duduk Xpander, diikuti dengan SUV dua baris tempat duduk dan sebuah Mitsubishi Colt.
Bagi enjin pembakaran dalaman, ia akan dipertingkatkan dengan tawaran SUV tiga barisan duduk, sebuah MPV dan sebuah versi produksi Konsep XFC termasuk kei-car.
Apapun, bagi pembangunan kesemua model ini menjadi kenyataan, Mitsubishi akan meningkatkan pelaburan dalam pembangunan dan penyelidikan dan memperkukuh kerjasamanya dengan Renault dan Nissan.


Ia seiring dengan sasaran menjelang tahun 2030 dimana Mitsubishi mahu mencapai sebahagian daripada jumlah jualan di peringkat global yang terdiri daripada kereta elektrik dan mencapai 100 peratus jualan kenderaan hibrid dan elektrik pada tahun 2035.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7298
SELANGOR
BSQ8606
JOHOR
JYY8209
PULAU PINANG
PSD1520
PERAK
APJ2690
PAHANG
CFG7951
KEDAH
KGG5423
NEGERI SEMBILAN
NEK6708
KOTA KINABALU
SJS4392
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang
MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
28-04-2025
Nahas Terowong Menora: Polis Sedang Kesan Pemandu Langgar Ibu Hamil
Pemandu Mitsubishi Xpander diminta tampil untuk membantu siasatan.
04-04-2025
Varian Asas Mitsubishi Xpander 2025 Kini Dilengkapi Ciri Premium – Terhad 200 Unit, Dari RM104K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini telah melancarkan peningkatan kecil pada varian asas model Xpander. Hanya 200 unit disediakan, Xpander edisi terhad ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang sebelum ini ditawarkan sebagai pilihan tambahan.
10-01-2025
KLIMS 2024: Mitsubishi Motors Tayang Aksesori Asli Untuk Triton, Xpander Facelift
MMM mempamerkan barisan aksesori tulen untuk dua model baharunya ,Triton generasi baharu dan Xpander.facelift di KLIMS 2024.
05-12-2024
Mitsubishi Xpander 2024 CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM100K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), melancarkan secara rasminya MPV terbaharunya, Mitsubishi Xpander 2024 di pasaran tempatan, sebentar tadi.
19-09-2024
MMM Serahkan Xpander Yang Ke-40,000 Kepada Pemilik Bertuah
Pemilik bertuah unit pengeluaran Xpander yang ke 40,000 adalah seorang guru dari Kelantan.
27-08-2024
Tahniah: Pengeluaran Xpander Sudah Mencapai 40,000 Unit
Xpander berjaya tawan hati orang Malaysia.
11-07-2024
Berita Terkini
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
