GWM Hasil Teknologi E-Hibrid 4WD, Platform Hi4, Kuasa Elektrik Cecah 100KM!

Penggunaan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di negara China cukup meluas, sehinggakan negara ini berada pada kedudukan pertama selama tujuh tahun berturut-turut dalam jumlah pengeluaran dan penjualan NEV.
Melihatkan permintaan pasarannya yang tinggi, industri automotif China banyak memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi elektrifikasi kenderaan yang canggih. Tujuannya adalah untuk menyediakan alternatif kepada kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan mendominasi sektor EV sepenuhnya.
Syarikat pengeluar kenderaan yang besar di China, Great Wall Motors (GWM), pada 10 Mac lalu telah mengadakan ‘Hari NEV Pintar’ untuk mendedahkan kepada umum pembangunan dan kemajuan terbaharu yang telah dibuat dalam bidang ini.

GWM kini sedang membangunkan pelbagai teknologi NEV termasuk teknologi hibrid, teknologi elektrik sepenuhnya yang menggunakan bateri (BEV) dan teknologi hidrogen. Pada masa yang sama, syarikat daripada negara Tembok Besar tersebut turut berusaha untuk menghasilkan teknologi kabin, pemanduan dan casis yang pintar.
Menurut Pegawai Teknikal Rangkaian Kuasa, “Platform Hi4 menyediakan prestasi berkuasa dan penggunaan bahan api yang lebih rendah, dan dengan fungsi kawalan dwimotor dan dwipaksinya yang inovatif, ia juga meningkatkan kestabilan pengendalian dan keselamatan pemanduan semasa membelok.”
Platform Hi4 didatangkan dengan dua set trenkuasa dengan kuasa maksimum sistem 340 kW untuk model kenderaan kelas A-C, kuasa e-hibrid yang digunakan dapat mencapai tahap kecekapan haba sebanyak 41.5% yang dibantu oleh sistem pembakaran termaju, suntikan terus tekanan tinggi dan teknologi peredaran semula gas ekzos tekanan rendah.
Jika dibandingkan dengan kemampuan pengurusan tenaga menggunakan teknologi tradisional, pengurusan tenaga pintar dan strategi kawalan platform Hi4 menawarkan kecekapan operasi yang optimum dan meningkatkan kecekapan tenaga kenderaan sebanyak kira-kira 8%.

Hi4 juga dapat memberikan jarak perjalanan elektrik tulen yang lebih jauh, melebihi 100 km. Ini berjaya dicapai dengan penggunaan pek bateri berkapasiti tinggi yang memanfaatkan teknologi litium-ion termaju untuk memberikan kenderaan kuasa berpanjangan.
Dalam penghasilan platform Hi4, tiga penemuan terkini dalam teknologi hibrid telah digunakan yang merangkumi seni bina e-hibrid baharu yang memperluaskan senario pemanduan pengguna, teknologi kawalan dinamik baharu yang bergantung pada penderiaan berketepatan tinggi gred milisaat, dan sistem transmisi gabungan elektromekanikal peningkatan prestasi yang baharu.
Berikut adalah penjelasan fungsi ketiga-tiga penemuan teknologi hibrid yang terbaharu:
Seni bina e-hibrid baharu: Kehadiran sistem ini memperbanyakkan senario pemanduan pengguna, membuatkan kenderaan lebih fleksibel untuk pemanduan sama ada di dalam bandar dan off-road.
Sistem GWM iTVC: Ini merupakan sejenis teknologi kawalan dinamik baharu yang bergantung pada penderiaan berketepatan tinggi gred milisaat. Sistem ini dapat menghalang kenderaan daripada tergelincir serta meningkatkan kestabilan pengendalian dan keselamatan pemanduan semasa di selekoh.
Sistem transmisi gandingan elektromekanikal: Reka bentuk inovatif dua unit gabungan elektromekanikal, meliputi hampir kesemua julat kelajuan enjin, memenuhi keperluan pemanduan pengguna dalam pelbagai senario pemanduan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4754
SELANGOR
BSV2914
JOHOR
JH7593J
PULAU PINANG
PSH5414
PERAK
APN2099
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9084
NEGERI SEMBILAN
NEM6562
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB701Q
Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely Xingyuan Antara Kenderaan Paling Laris Tahun Lepas
Geely Xingyuan dinobatkan sebagai kenderaan tenaga baharu (NEV) penumpang paling laris di China pada tahun lepas.
20-01-2026
BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'
Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.
04-09-2025
Chery Terus Dominasi Eksport Kenderaan China, NEV Catat Lonjakan 125%!
Chery terus kukuh sebagai peneraju eksport automotif negara itu bagi suku pertama (Q1) 2025.
04-04-2025
Dalam 5 Bulan, China Dah Eksport Lebih 2.45 Juta Kereta?
Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, China mencapai kemajuan luar biasa dalam pasaran automotif global.
25-06-2024
Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG
NMSB tubuhkan kilang pertama di Malaysia bagi tujuan pengeluaran dan pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Operasi dijangka mula pada 2025.
12-01-2024
BYD Capai Pengeluaran NEV Yang Ke-6 Juta Unit!
BYD mencatatkan peristiwa bersejarah apabila mencapai angka produksi melebihi enam juta dalam masa yang singkat.
27-11-2023
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Sertai Sesi Penanda Aras Rentasi Industri
Proton menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk meneroka segmen kenderaan baharu dengan lebih mendalam.
24-02-2025
Berita Terkini
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
