ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

GWM Hasil Teknologi E-Hibrid 4WD, Platform Hi4, Kuasa Elektrik Cecah 100KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Penggunaan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di negara China cukup meluas, sehinggakan negara ini berada pada kedudukan pertama selama tujuh tahun berturut-turut dalam jumlah pengeluaran dan penjualan NEV. 


Melihatkan permintaan pasarannya yang tinggi, industri automotif China banyak memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi elektrifikasi kenderaan yang canggih. Tujuannya adalah untuk menyediakan alternatif kepada kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan mendominasi sektor EV sepenuhnya. 


Syarikat pengeluar kenderaan yang besar di China, Great Wall Motors (GWM), pada 10 Mac lalu telah mengadakan ‘Hari NEV Pintar’ untuk mendedahkan kepada umum pembangunan dan kemajuan terbaharu yang telah dibuat dalam bidang ini.




GWM kini sedang membangunkan pelbagai teknologi NEV termasuk teknologi hibrid, teknologi elektrik sepenuhnya yang menggunakan bateri (BEV) dan teknologi hidrogen. Pada masa yang sama, syarikat daripada negara Tembok Besar tersebut turut berusaha untuk menghasilkan teknologi kabin, pemanduan dan casis yang pintar. 


Menurut Pegawai Teknikal Rangkaian Kuasa, ​​“Platform Hi4 menyediakan prestasi berkuasa dan penggunaan bahan api yang lebih rendah, dan dengan fungsi kawalan dwimotor dan dwipaksinya yang inovatif, ia juga meningkatkan kestabilan pengendalian dan keselamatan pemanduan semasa membelok.”


Platform Hi4 didatangkan dengan dua set trenkuasa dengan kuasa maksimum sistem 340 kW untuk model kenderaan kelas A-C,  kuasa e-hibrid yang digunakan dapat mencapai tahap kecekapan haba sebanyak 41.5% yang dibantu oleh sistem pembakaran termaju, suntikan terus tekanan tinggi dan teknologi peredaran semula gas ekzos tekanan rendah.  


Jika dibandingkan dengan kemampuan pengurusan tenaga menggunakan teknologi tradisional, pengurusan tenaga pintar dan strategi kawalan platform Hi4 menawarkan kecekapan operasi yang optimum dan meningkatkan kecekapan tenaga kenderaan sebanyak kira-kira 8%.




Hi4 juga dapat memberikan jarak perjalanan elektrik tulen yang lebih jauh, melebihi 100 km. Ini berjaya dicapai dengan penggunaan pek bateri berkapasiti tinggi yang memanfaatkan teknologi litium-ion termaju untuk memberikan kenderaan kuasa berpanjangan.


Dalam penghasilan platform Hi4, tiga penemuan terkini dalam teknologi hibrid telah digunakan yang merangkumi seni bina e-hibrid baharu yang memperluaskan senario pemanduan pengguna, teknologi kawalan dinamik baharu yang bergantung pada penderiaan berketepatan tinggi gred milisaat, dan sistem transmisi gabungan elektromekanikal peningkatan prestasi yang baharu.


Berikut adalah penjelasan fungsi ketiga-tiga penemuan teknologi hibrid yang terbaharu:

  • Seni bina e-hibrid baharu: Kehadiran sistem ini memperbanyakkan senario pemanduan pengguna, membuatkan kenderaan lebih fleksibel untuk pemanduan sama ada di dalam bandar dan off-road.

  • Sistem GWM iTVC: Ini merupakan sejenis teknologi kawalan dinamik baharu yang bergantung pada penderiaan berketepatan tinggi gred milisaat. Sistem ini dapat menghalang kenderaan daripada tergelincir serta meningkatkan kestabilan pengendalian dan keselamatan pemanduan semasa di selekoh. 

  • Sistem transmisi gandingan elektromekanikal: Reka bentuk inovatif dua unit gabungan elektromekanikal, meliputi hampir kesemua julat kelajuan enjin, memenuhi keperluan pemanduan pengguna dalam pelbagai senario pemanduan.








Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9140

SELANGOR

BSU2543

JOHOR

JF3245J

PULAU PINANG

PSG1724

PERAK

APL9464

PAHANG

CFH9373

KEDAH

KGJ3585

NEGERI SEMBILAN

NEM1958

KOTA KINABALU

SJU4372

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-09-2022
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

04-04-2023
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
EV

30-09-2025
Berita Auto

18-09-2024
EV

15-07-2024
EV

10-05-2024

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.