Indonesia Bakal Tawar Insentif Untuk Galak Rakyat Beli EV & Tarik Pelabur

Indonesia akan menawarkan insentif untuk meningkatkan jualan kenderaan elektrik (EV) bermula 20 Mac tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan rakyat dan menarik pelaburan daripada syarikat seperti Tesla, umum Menteri Kanan, Luhut Pandjaitan pada hari Isnin.
Menurut Menteri Industri, Agus Gumiwang Kartasasmita, program insentif ini akan membabitkan jualan sejumlah 200,000 motosikal elektrik dan 35,900 kereta elektrik. Tambahnya lagi, ia turut membabitkan perbelanjaan dalam projek pengubahan 50,000 motosikal berenjin pembakaran.
Kedua-dua menteri itu yang bercakap pada sidang media, tidak mendedahkan bajet program tersebut, tetapi berkata sebanyak 7 juta rupiah akan diagihkan kepada pengeluar dan peruncit bagi setiap motosikal baharu yang dijual dan ditukar kepada versi elektrik.

Indonesia komited untuk membangunkan fasiliti pengeluaran EV domestik bagi memanfaatkan rizab nikelnya yang banyak, bahan yang penting dalam penghasilan bateri.
“Kami kini menghampiri penghujung rundingan dengan dua pengeluar kenderaan global utama. Kami berharap dasar baharu ini akan mengukuhkan kedudukan kami," kata Luhut tanpa mendedahkan nama firma terlibat.
“Sekiranya kita tidak memberikan mereka insentif, mereka tidak akan datang,” tambahnya.

Apabila ditanya tentang perbincangan dengan Tesla, Luhut berkata mereka akan bertemu dengan pengeluar EV Amerika itu tidak lama lagi.
Minggu lalu, Tesla mengumumkan ia akan membina sebuah kilang gergasi atau gigafactory baharu di Mexico, ini menimbulkan spekulasi sama ada syarikat tersebut turut merancang untuk mewujudkan fasiliti sama di rantau Asia.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Luhut berkata, kilang yang dibuka di Mexico adalah untuk pasaran Amerika Utara, dan komitmen Tesla bagi pasaran Asia adalah berbeza.
“Kita akan lihat sekiranya mereka memilih Indonesia,” katanya.
Untuk menerima manfaat daripada program insentif ini, syarikat pengeluar perlu menubuhkan kilang mereka di Indonesia dan memenuhi beberapa perkara lain yang ditetapkan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7639
SELANGOR
BST8530
JOHOR
JE5202J
PULAU PINANG
PSF6934
PERAK
APL5891
PAHANG
CFH7846
KEDAH
KGJ1940
NEGERI SEMBILAN
NEL9373
KOTA KINABALU
SJU2051
KUCHING
QAB5919P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Berita Terkini
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat