ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Garis Panduan Pemasangan Pengecas EV Di Parkir, Larangan Di Beberapa Lokasi – KPKT

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), PLAN Malaysia, kini sedang membangunkan garis panduan bagi pemasangan pengecas EV di ruang parkir Malaysia. 


Draf garis panduan tersebut boleh dipaparkan melalui laman web Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang dikendalikan oleh  Perundingan Awam Bersepadu (UPC).




Orang ramai boleh membaca garis panduan tersebut yang memaparkan beberapa perkara menarik yang akan membawa perubahan besar kepada lanskap pengecasan EV negara.




Dokumen tersebut mengandungi dua perkara penting iaitu larangan pemasangan pengecas EV di lot parkir bawah tanah dan juga lot parkir individu di tempat letak kenderaan lot strata. 


Berdasarkan garis panduan yang dicadangkan itu, parkir khas untuk pengecasan EV orang awam hanya boleh dibuat di aras tanah, manakala pemasangan di aras bawah tanah tidak dibenarkan sama sekali. Perkara ini menimbulkan persoalan apakah tindakan yang akan diambil untuk pengecas sedia ada yang telah dipasang di lokasi yang tidak dibenarkan seperti pengecas EV Gentari di Suria KLCC. 


Pengecas EV Gentari di Suria KLCC (Sumber: Soya Cincau)


Satu-satunya kawasan pengecasan yang dibenarkan selain aras tanah ialah di aras atas bumbung terbuka atau open air rooftop


Cadangan kawasan pengecasan yang dinyatakan dalam garis panduan ini adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memudahkan akses kenderaan bomba ke parkir pengecasan EV sekiranya berlaku kes kecemasan. 


PLAN Malaysia mengalu-alukan cadangan dan maklum balas orang ramai terhadap garis panduan yang telah dikongsikan. Hari ini, 21 Mac, ialah tarikh terakhir untuk anda mengemukakan cadangan, layari laman web MPC UPC



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ2733

SELANGOR

BST7217

JOHOR

JE3179J

PULAU PINANG

PSF5744

PERAK

APL4862

PAHANG

CFH7429

KEDAH

KGJ1321

NEGERI SEMBILAN

NEL8542

KOTA KINABALU

SJU1383

KUCHING

QAB5687P

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026

Berita Terkini

EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.