Jazeman Sedia Beraksi Perlumbaan Sulung 12 Jam Sepang Pada Minggu Ini

Pelumba kereta terkenal negara, Jazeman Jaafar akan menyertai Perlumbaan 12 Jam Sepang (S12H) di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini.
Jazeman akan mewakili pasukan Viper Niza Racing yang dianggotai anak tempatan sepenuhnya dan akan berganding dengan pelumba, Douglas Khoo dan Dominic Ang.

Mengulas mengenai penyertaannya dalam perlumbaan itu, Jazeman berkata, beliau cukup teruja dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pasukan yang sangat disegani.
Malah, beliau turut teruja kerana buat julung kalinya, berpeluang berlumba dengan menggunakan jentera Aston Martin.

“Ia merupakan satu penghormatan dan diberi keistimewaan untuk bertanding dalam acara berprestij ini bersama pasukan berkenaan.
“Kami akan memandu sebuah Aston Martin Vantage GT3 yang baharu dibina untuk Perlumbaan 12 jam Sepang. Saya tidak sabar untuk menguji kereta itu dan berkongsi maklum balas dengan pasukan untuk membuat pelarasan dan talaan pada kereta itu serta strategi perlumbaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, beliau turut mengakui bahawa perlumbaan itu akan menjadi mencabar.
“Saya menjangkakan pertandingan yang amat sengit, memandangkan ia satu perlumbaan berprestij tetapi kami akan bersedia untuk memberikan yang terbaik dan membanggakan Malaysia,” tambahnya.
Untuk makluman, Viper Niza Racing diasaskan pada tahun 2009 sebagai Niza Racing.

Ia merupakan sebuah pasukan lumba kereta Malaysia yang berpangkalan di Shah Alam itu menyertai perlumbaan Siri Asia TCR, Siri Le Mans Asia dan Siri Super Thailand.
Perlumbaan ini kali terakhir diadakan pada tahun 2016. Buat tahun ini, ia akan diadakan bermula 16 hingga 18 Mac ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge