ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAS 2025: Jazeman Jaafar Umum Bakal Beraksi Dalam Shanghai 8 Hours

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_TA_MAS2025_Jazeman-Jaafar_-1.jpg


Selain pelancaran model baharu dan teknologi automotif terkini, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) turut menjadi pentas penting bagi pelumba profesional, Jazeman Jaafar, untuk membuat pengumuman mengenai perancangannya dalam arena sukan permotoran tahun ini. 


Kembali Bersama 33R Harmony Racing di Shanghai


web_CariCarz_TA_MAS2025_Jazeman-Jaafar_-4.jpg


Di acara automotif besar-besaran tersebut, pelumba yang berusia 32 tahun itu mengesahkan penyertaannya dalam perlumbaan Shanghai 8 Hours bersama pasukan 33R Harmony Racing, pasukan sama yang bersama dengannya semasa kejohanan Motul Sepang 12 Hours 2025.


“Saya teruja untuk kembali bersama 33R Harmony Racing bagi perlumbaan Shanghai 8 Hours. Kami berharap dapat mengulangi kejayaan yang dicapai bersama di Sepang sebelum ini,” ujar Jazeman di hadapan para peminat dan media.


Jentera yang Terbukti 


web_CariCarz_TA_MAS2025_Jazeman-Jaafar_-3.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_Jazeman-Jaafar_-7.jpg


Untuk makluman, dalam perlumbaan Sepang 12 Hours, Jazeman bersama dua lagi pelumba telah membawa kemenangan kepada pasukan China tersebut dengan menaiki Ferrari 296 GT3 dalam balutan berwarna jingga dengan grafik Garfield yang mencuri perhatian ramai.


Acara Shanghai 8 Hours yang bakal berlangsung tidak lama lagi dijangka menghimpunkan barisan pelumba dan pasukan GT profesional terbaik dari seluruh Asia, menjanjikan saingan sengit.


“Saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pasukan 33R Harmony Racing. Ini bukan perlumbaan biasa, tetapi merupakan antara yang paling mencabar di rantau ini, namun saya yakin kami bersedia untuk menghadapinya bersama,” tambahnya lagi.


web_CariCarz_TA_MAS2025_Jazeman-Jaafar_-8.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_Jazeman-Jaafar_-6.jpg


Sebagai sebahagian daripada kempen promosi di MAS 2025, Jazeman turut mengadakan sesi bertemu peminat di Dewan D, selain mempamerkan Ferrari 296 GT3 yang membawa kejayaan besar di Sepang.


2025 Tahun Penting Buat Jazeman, Di Dalam & Luar Litar


web_CariCarz_TA_MAS2025_Jazeman-Jaafar_-9.jpg


Selain perlumbaan, tahun ini turut menyaksikan perkembangan penting dalam kehidupan peribadi dan kerjaya Jazeman. Antaranya penubuhan entiti RWB Collective di bawah syarikat miliknya, Persona Energy Sdn Bhd. Tambahan pula, Jazeman turut berkongsi bahawa beliau dan isteri sedang menantikan kelahiran anak kedua tidak lama lagi.


MAS 2025 masih berlangsung di MAEPS, Serdang sehingga 15 Mei ini, dan peminat sukan permotoran masih berpeluang untuk melihat lebih dekat jentera Ferrari perlumbaan yang dipandu Jazeman serta berinteraksi bersama beliau.

Baca: MAS 2025: Himpunan EV Tertinggi Setakat Ini, Lebih 500 Kenderaan

Baca: Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li

Baca: Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Ini

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF6081

SELANGOR

BSR5144

JOHOR

J9999J*

PULAU PINANG

PSD6847

PERAK

APJ7414

PAHANG

CFH1307

KEDAH

KGG9647

NEGERI SEMBILAN

NEK8743

KOTA KINABALU

SJS9915

KUCHING

QAB1767P

Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

01-07-2025
Berita Auto

12-05-2025
Berita Auto

30-04-2025
Gaya Hidup

27-02-2025
Berita Auto

13-09-2023
Berita Auto

29-08-2023
Berita Auto

14-03-2023
Berita Auto

19-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Saman Menanti,  Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.

10-07-2026
Berita Auto
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.

10-07-2026
Berita Auto
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura

Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura

Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.

09-07-2026
Berita Auto
Penangan Ayam Hutan, Cermin Van Pun Boleh Pecah

Penangan Ayam Hutan, Cermin Van Pun Boleh Pecah

Mujur, pemandu tidak terbabas.

09-07-2026
Berita Auto
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.

08-07-2026
Berita Auto
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap  71%

Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%

Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.

08-07-2026
Berita Auto
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.