Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT

Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk menguji penggunaan kenderaan mikromobiliti di negara ini.
Lokasi yang telah dipilih sebagai medan uji kenderaan mikromobiliti buat masa ini ialah Seksyen 14, Shah Alam kerana ketersediaan infrastruktur untuk penggunaan kenderaan tersebut.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata medan uji itu diwujudkan dengan tujuan untuk memantau kebolehlaksanaan operasi penggunaan kenderaan mikromobiliti dari segi penguatkuasaan, pelesenan dan kebolehpakaian infrastruktur seperti yang telah digariskan dalam Garis Panduan Perancangan PLANMalaysia.

"MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan syarikat Futurise Sdn Bhd akan membantu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam pemantauan kebolehlaksanaan medan uji ini dari semua aspek dengan sokongan daripada pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan semua pengguna mikromobiliti mematuhi peraturan medan uji yang telah ditetapkan," katanya.
Tambahnya lagi, penggunaan kenderaan mikromobiliti misalnya e-skuter dapat mengurangkan emisi karbon dioksida dan menjadi penghubung first and last mile, sekaligus memudahkan orang ramai mengakses pengangkutan awam yang secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan jalan.

"Namun begitu, kita juga perlu memberi perhatian terhadap aspek keselamatan memandangkan penggunaan kenderaan ini di atas jalan adalah sangat berisiko kerana ia digunakan di kawasan yangmempunyai trafik bercampur selain mempunyai perbezaan had laju yang tidak dibina khusus seperti kenderaan bermotor lain.
"Pada 17 Dis 2021, MoT telah mengambil inisiatif melaksanakan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu termasuklah e-skuter. Namun kerajaan tidak mengharamkan penggunaan semua kenderaan itu secara total, penggunaan kenderaan tersebut di pusat rekreasi dibenarkan tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur," katanya.

Ketua Bahagian Pengangkutan Bandar MBSA Norazmizam Alias berkata inisiatif medan uji itu bermula dengan Seksyen 14, Shah Alam, sebelum diperluas ke kawasan Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam secara berperingkat. Program itu dijangka mengambil masa selama setahun.
Sumber: Bernama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4893
SELANGOR
BSU8706
JOHOR
JH385J
PULAU PINANG
PSH2587
PERAK
APM7594
PAHANG
CFJ3537
KEDAH
KGJ7324
NEGERI SEMBILAN
NEM5228
KOTA KINABALU
SJV564
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge