ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Triton Generasi Baharu MUNGKIN Kelihatan Seperti Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Semasa Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) edisi yang ke-44 tahun ini, Mitsubishi XRT Concept telah dipertontonkan buat pertama kalinya. Model konsep ini menunjukkan ‘kemungkinan’ reka bentuk Mitsubishi Triton yang akan diperkenalkan pada masa akan datang. Turut dikenali sebagai L200 dalam sesetengah pasaran, model generasi serba baharu ini dijangka akan diperkenalkan tahun ini. 


Memandangkan Mitsubishi XRT Concept yang dipamerkan semasa acara tersebut diselubungi oleh pelekat samaran, rekaan model generasi baharu itu masih menjadi misteri. Namun inilah yang telah ‘memotivasikan’ seorang artis render Rusia daripada portal permotoran, Kolesa, untuk menghasilkan gambaran rekaan model baharu itu. 


Sumber foto: Kolesa.ru



Sumber foto: Kolesa.ru


Antara ciri menarik yang dapat dilihat ialah gril baharu, lampu hadapan jenis terbahagi atau split dengan jalur lampu nyalaan siang (DRL) halus di bahagian atas – menyerupai rekaan pada Triton yang ditawarkan sekarang. Artis tersebut turut menunjukkan bagaimana lampu belakang kombinasi LED akan diletakkan pada sudut belakang trak itu nanti. 


Secara keseluruhannya, model baharu itu nanti kelihatan lebih ranggi berbanding sekarang. Ini disokong oleh laporan yang pernah didedahkan sebelum ini bahawa trak itu nanti akan menggunakan kerangka yang sama dengan trak pikap Nissan Navara. 





Untuk pengetahuan pembaca, trak pikap XRT Concept telah dipamerkan minggu lalu di pameran BIMS 2023. Trak konsep dengan gaya yang diinspirasikan daripada Dakar Rally dipasang pelekat samaran yang tertulis perkataan Ralliart. 


Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui mengenai Triton tersebut, namun berkemungkinan besar model ini akan diperkenalkan tahun ini bermula dengan negara Thailand. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

10-12-2024
Pandu Uji

16-10-2024
Kereta Baru

16-10-2024
Kereta Baru

01-10-2024
Berita Auto

02-05-2024
Global

12-04-2024
Kereta Baru

22-01-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.