- Berita
- Berita Auto
- Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".
Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".
Pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage (C&C) menganjurkan acara eksklusif, Mercedes-Benz Star Experience di Autohaus Cycle & Carriage di Johor Bahru baru-baru ini.
Ia diadakan untuk menawarkan pengalaman runcit automotif mewah melalui acara pendidikan yang disusun khas untuk pemilik Mercedes-Benz.
Pengurus Besar Cycle & Carriage dan Ketua Servis Selepas Jualan, En. SV Balasubramanian berkata, acara yang diadakan itu bertujuan untuk mencipta pengalaman luar biasa tentang perkara lebih baik dalam hidup.
“Ia disusun khas untuk pemilik Mercedes-Benz. Sesi ini juga merupakan penghargaan kami kepada pelanggan dengan menawarkan pemahaman lebih komprehensif tentang perkhidmatan premium yang kami sediakan untuk keperluan Mercedes-Benz mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan acara Mercedes-Benz Star Experience di Johor Bahru baru-baru ini.
Acara itu dimulai dengan melihat masa depan dan usaha jenama berkenaan dalam inovasi, dimana pelanggan dibawa melalui persembahan kenderaan elektrik dan demonstrasi Mercedes Me Connect.
Apa yang cukup menarik ialah ciri sambungan baharu ini membolehkan pengguna mengakses dan mengawal kenderaan Mercedes mereka dari jauh iaitu hanya dengan menggunakan kemudahan telefon pintar mereka.

Pada acara itu, para pelanggan dibawa ke bengkel untuk melihat secara langsung perkhidmatan dan teknologi pembaikan yang dicipta untuk kenderaan hibrid plug-in Mercedes-Benz dan rangkaian Mercedes-EQ.

Malah, beberapa juruteknik yang mahir juga turut melakukan demonstrasi pembaikan badan jentera jenama itu.
Rombongan pelanggan itu berpeluang melihat barisan kereta EQS 450+ yang mempamerkan ciri unik kenderaan untuk masa hadapan.


Bukan itu sahaja, para pelanggan juga dapat mempelajari tentang menggunakan perkhidmatan Mercedes Me.
Menerusi acara itu, mereka sekurang-kurangnya dapat memahami dengan lebih baik tentang penawaran yang dipertingkatkan untuk mencapai pengalaman digital mewah dan lancar di atas jalan.


Apapun, ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Cycle & Carriage untuk memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pelanggannya.
Untuk makluman, Autohaus Cycle & Carriage Johor Bahru adalah yang terbesar di wilayah selatan, dengan kawasan binaan seluas 142,000 kaki persegi di atas kawasan seluas 224,000 kaki persegi.

Autohaus dibina dengan teknologi terkini dan memberikan pengalaman runcit kontemporari yang memenuhi keperluan individu pelanggan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4196
SELANGOR
BSU8537
JOHOR
JG9602J
PULAU PINANG
PSH2439
PERAK
APM7435
PAHANG
CFJ3482
KEDAH
KGJ7244
NEGERI SEMBILAN
NEM5173
KOTA KINABALU
SJV417
KUCHING
QAB9517P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge