Politik Semakin Stabil, Turut Tarik Perhatian Tesla, AWS Melabur Di M'sia

Biarpun berdepan dengan situasi ekonomi yang mencabar, Malaysia meluluskan pelaburan RM264.6 bilion untuk 4,454 projek yang terdiri dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Pelaburan yang diluluskan pada tahun lepas dikatakan dapat mewujudkan 140,370 pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor ekonomi.
Begitupun, pelaburan itu lebih rendah berbanding 2021, tetapi ia masih menjadi kadar pelaburan kedua tertinggi dalam sejarah.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah pelaburan itu nyata membuktikan status Malaysia masih kekal sebagai destinasi pilihan pelaburan.
"Sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama negara menunjukkan daya tahan dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar sekali gus membuktikan bahawa Malaysia terus membangkitkan keyakinan dan kekal sebagai destinasi pilihan untuk pelabur global yang mencari peluang jangka panjang stabil,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengumuman prestasi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia di ibu negara pagi tadi.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, China dilihat mendahului sebagai negara yang paling banyak melabur dengan jumlah pelaburan yang diluluskan pada RM55.4 bilion diikuti oleh Amerika Syarikat (RM29.2 bilion), Belanda (RM20.4 bilion), Singapura (RM13.5 bilion) dan Jepun (RM11.4 bilion).
"Lima negeri telah menyaksikan aktiviti pelaburan yang ketara, dengan Johor mempunyai pelaburan diluluskan paling banyak berjumlah RM70.6 bilion.
"Ini diikuti Selangor (RM60.1 bilion), Sarawak (RM28.2 bilion), Kuala Lumpur (RM25 bilion) dan Pulau Pinang (RM16.3 bilion),” jelasnya.
Bagaimanapun, beliau yakin ekonomi global masih kekal positif walaupun perlahan.
Ia berikutan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia agak baik pada tahun ini.
Malah, komitmen oleh Tesla dan Amazon Web Service (AWS) untuk melabur di Malaysia juga menjadi bukti politik dan kekuatan institusi negara ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRE7098
SELANGOR
BSR3584
JOHOR
JYB7846
PULAU PINANG
PSD4944
PERAK
APJ5690
PAHANG
CFG9704
KEDAH
KGG8124
NEGERI SEMBILAN
NEK8027
KOTA KINABALU
SJS8064
KUCHING
QAB1391P
Terakhir Kemas Kini 02 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi
Smart Lane Kurangkan 50% Kesesakan, Kadar Kemalangan Juga Rendah.
02-07-2026
Padah Percaya Aplikasi Penunjuk Arah Warga China' Masuk Gaung 7 Meter
Kesemua mangsa mengalami kecederaan.
02-07-2026
Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya
Seorang anggota polis maut akibat terjatuh dan terseret di jalan raya ketika motosikalnya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir.
02-07-2026
Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung
Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.
01-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ
JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.
01-07-2026
Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel
Harga Runcit Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 8 Julai 2026.
01-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat