Tesla Rasmi Masuki Pasaran Malaysia – Tengku Zafrul

Selamat datang Tesla! Pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia ini bakal masuki pasaran Malaysia secara rasmi tidak lama lagi.
Berita baik kepada peminat EV dan juga mereka yang merancang membeli EV ini telah diumumkan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul dalam satu perkongsian di media sosial.
Berdasarkan infografik yang dkongsikan di Twitter, permohonan Tesla untuk mengimport bateri kenderaan elektrik (BEV) ke Malaysia telah diluluskan oleh MITI.

Tesla merupakan jenama pertama yang membuat permohonan melalui inisiatif BEV Global Leaders yang diperkenalkan MITI untuk meningkatkan permintaan dan menggalakkan pembangunan BEV negara.
Turut diumumkan, Tesla akan menubuhkan ibu pejabat, pusat pengalaman dan khidmat pelanggan serta rangkaian pengecasan Supercharger di negara ini.

Walaupun menteri dan kementeriannya telah membuat pengesahan yang akan mengubah landskap perniagaan EV tempatan, beberapa perkara kekal menjadi persoalan sehingga kini. Antaranya adalah bagaimana sebenarnya Tesla akan beroperasi secara rasmi di Malaysia, dan sama ada sebarang konsesi telah dibuat oleh MITI membabitkan keperluan tertentu seperti AP Franchais bagi kenderaan berjenama Tesla melalui inisiatif BEV tersebut.

Memandangkan Tesla lebih mengutamakan jualan secara langsung kepada peggguna tanpa membabitkan pengedar lain, berkemungkinan besar syarikat itu tidak akan menjalankan kerjasama dengan mana-mana syarikat tempatan.
Fakta: Tesla tidak bekerjasama dengan mana-mana pemegang saham syarikatnya di semua negara ia beroperasi.
-full-full_normal.jpg)
Jualan secara terus kepada pelanggan ialah model perniagaan yang diketengahkan Tesla. Pusat yang dinamakan Tesla Experience pula hanyalah cawangan yang dibuka untuk membolehkan pelanggan mengetahui lebih lanjut mengenai jenama dan produk yang ditawarkan, berbeza dengan bilik pameran jenama kereta yang lain. Pembelian kereta Tesla pula dibuat secara dalam talian dan penghantaran akan dilakukan berdasarkan peruntukan stok.

Adakah rakyat Malaysia boleh menerima konsep jualan baharu yang akan dibawa masuk Tesla? Dan apakah rancangan Tesla untuk pemilik EV sedia ada jenama ini di Malaysia serta pengimport recond terutamanya membabitkan sokongan pasca jualan?
Seperti biasa, nantikan pendedahan yang akan dibuat dari masa ke masa dan jangan lupa ikuti Facebook kami untuk berita automotif terkini.
Sebelum itu, kongsikan pandangan anda mengenai kemasukan Tesla di pasaran Malaysia di dalam ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat