- Berita
- Berita Auto
- Rangkaian Stamping Baharu Kilang Proton Dilancarkan, Import Komponen Kurang Hingga 115K Unit
Rangkaian Stamping Baharu Kilang Proton Dilancarkan, Import Komponen Kurang Hingga 115K Unit

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semasa sesi lawatan kilang Proton di Tanjung Malim
Pengeluar kereta nasional, PROTON, telah melancarkan rangkaian stamping baharu di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.
Mesin dalam barisan baharu yang bernilai RM140 juta itu boleh menghasilkan 50 komponen unik dengan kuasa sehingga 2,500 tan, sekaligus dalam mengurangkan pengimportan komponen tahunan sebanyak 115,000 unit.

Barisan VIP yang hadir semasa pelancaran rangkaian stamping baharu
Rangkaian stamping baharu ini dilengkapi enam buah robot untuk memindahkan bahagian antara stesen kerja dan menggunakan teknologi IR 4.0 data masa nyata dan proses pembelajaran mesin supaya kualiti bahagian yang dihasilkan dapat ditingkatkan.
Timbalan Ketua Eksekutif Pegawai PROTON. Roslan Abdullah berkata, “Pelancaran rangkaian stamping baharu kami di Tanjung Malim adalah tambahan besar kepada keupayaan pengeluaran kereta PROTON. Sebagai jenama automotif nasional, peningkatan penggunaan alat ganti sumber tempatan dalam aktiviti pengeluaran kami adalah penting kepada ekosistem automotif negara dan membantu mengurangkan aliran keluar dana dari negara.

Tambahnya lagi, dengan bantuan rangkaian stamping baharu ini, syarikat dapat membuat keputusan secara lebih fleksibel membabitkan jumlah pengeluaran bulanan, selain dapat mempercepatkan penghasilan model baharu di dalam negara.
Selain pelancaran fasiliti stamping baharu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut hadir mempengerusikan upacara line-off untuk penambahan terbaru kepada rangkaian model Proton. SUV baharu yang akan dilancarkan secara rasmi dalam beberapa bulan akan datang itu dipasang di Tanjung Malim bersama model Proton yang lain iaitu X50 dan X70.
Awal tahun ini pernah dilaporkan bahawa Proton bakal mengeluarkan sebuah SUV dengan trenkuasa hibrid ringan, menjadikannya model pertama yang dijana oleh teknologi tersebut.
“Upacara line-off menandakan permulaan aktiviti yang membawa kepada pengenalan rasmi model terbaru PROTON. Selepas permulaan pengeluaran, kami akan mengadakan pratonton media dan sesi suai kenal pelanggan sebelum melancarkan SUV baharu kami, yang juga akan menandakan produk NEV pertama kami. Ini merupakan langkah penting dalam perjalanan NEV kami yang akan secara beransur memberi penekanan pada teknologi hibrid sebelum kami melancarkan Proton EV yang pertama,” tambah Roslan Abdullah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1185
SELANGOR
BST1065
JOHOR
JC7982J
PULAU PINANG
PSE9055
PERAK
APK8274
PAHANG
CFH5068
KEDAH
KGH6449
NEGERI SEMBILAN
NEL5204
KOTA KINABALU
SJT6328
KUCHING
QAB4328P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat