Proton Bina Rangkaian Stamping Di Tanjung Malim

Pengeluar kereta nasional, PROTON telah mengadakan majlis Pecah Tanah untuk membina rangkaian kemudahan stamping baharu di Tanjung Malim, Perak. Untuk tujuan itu, Proton dikatakan telah memperuntukkan RM253 juta.
Rangkaian baharu itu akan dikenali sebagai stamping E dan F yang mana ia akan meningkatkan jumlah pengeluarannya di PROTON Tanjong Malim dan bersedia untuk memindahkan pengeluaran Proton Saga dari Shah Alam menjelang tahun 2026 nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata penambahan rangkaian stamping E dan F adalah penting bagi rancangan pengembangan volum pengeluaran masa depan PROTON kerana ia memberikan lebih banyak fleksibiliti untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran.
Menurutnya, sepanjang tahun 2023 sehingga Jun 2024, kilang PROTON Tanjung Malim telah menghasilkan sebanyak 6,067,064 komponen, di mana 395,211 daripadanya adalah dari rangkaian D.
"Jumlah ini akan berkembang dengan pesat apabila pengeluaran untuk Proton Saga dipindahkan ke sini pada tahun 2026," katanya pada upacara pecah tanah rangkaian kemudahan stamping baharu PROTON Tanjung Malim, baru-baru ini.

Difahamkan, rangkaian baharu E akan mempunyai proses pengecapan empat peringkat dengan mesin pengecapan 1600 tan dan tiga mesin 800 tan, manakala rangkaian F akan menggunakan proses pengecapan lima peringkat dengan mesin pengecapan 2000 tan, 1200 tan, dan tiga mesin dengan daya pengecap 1000 tan.
Selain mesin pengecapan, robot juga akan digunakan untuk memindahkan alat ganti antara stesen kerja, manakala teknologi IR 4.0 akan dilaksanakan dengan menggunakan data secara langsung dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan kualiti alat ganti yang dihasilkan.

Malah, rangkain baharu itu akan membantu mengurangkan lagi kebergantungan PROTON terhadap alat ganti import untuk model-modelnya. Ini akan melindungi syarikat daripada kemungkinan gangguan dalam perdagangan global, dan menambahbaik bekalan alat ganti tempatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL8015
SELANGOR
BSS9814
JOHOR
JC7067J
PULAU PINANG
PSE8513
PERAK
APK7857
PAHANG
CFH4930
KEDAH
KGH6349
NEGERI SEMBILAN
NEL4984
KOTA KINABALU
SJT6099
KUCHING
QAB4256P
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kualiti Kereta Proton Akan Bertambah Baik, Ini Yang Akan Dilakukan...
Kualiti kereta Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) berkemungkinan besar akan bertambah baik.
07-05-2024
Rangkaian Stamping Baharu Kilang Proton Dilancarkan, Import Komponen Kurang Hingga 115K Unit
Pengeluar kereta nasional, PROTON, telah melancarkan rangkaian stamping baharu di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.
15-03-2023
Berita Terkini
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan
Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.
20-08-2026
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
