- Berita
- Berita Auto
- Salam Takziah, Suami Isteri Maut Selepas Ziarah Kematian Abang Ipar, Isteri Sempat Minta Tolong..
Salam Takziah, Suami Isteri Maut Selepas Ziarah Kematian Abang Ipar, Isteri Sempat Minta Tolong..

Sebuah Proton Exora hancur teruk sehingga kesemua komponen bahagian enjin terkeluar menyebabkan sepasang suami isteri terkorban, manakala anak mereka terselamat.
Kejadian berlaku di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Selamat, Setiu semalam.

Mangsa, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Suliani Ismail, 42, bersama seorang anak yang terselamat dalam nahas itu dikatakan baru pulang menziarah kematian abang ipar (abang ipar Habsah) di Besut.

Kemalangan yang berlaku di Kampung Selamat Sungai Tong, Setiu, itu membabitkan lima kenderaan dan 16 mangsa dalam sebuah lori, Proton Exora, Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyota Wish.
Seorang pemilik kedai makan, Mazlan Abdul Ghani, 56, berkata, dia terkejut melihat keadaan Proton Exora itu.

“Orang ramai cuba membantu keluarga mangsa terlibat yang tersepit, namun lelaki di tempat duduk pemandu sudah meninggal dunia manakala isterinya ketika itu masih bernyawa dan sempat meminta tolong.
“Malangnya, kami gagal mengeluarkan mereka sehingga terpaksa menunggu ketibaan pihak bomba untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Tidak lama kemudian, Suliani yang cedera parah turut meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sebelum kejadian, Suliani sempat memuat naik status terakhir dengan meluahkan perasaan sedih selepas kehilangan abang iparnya di Facebook.

“Pergimu dihari dan bulan yang terbaik, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Salam takziah buat keluarga kakak ipar, tiada lagi gurau senda, senyum tawa, abang Gie sentiasa dalam kenangan kami. Dia selalu akan tunggu kami kalau ke Besut, ya Allah semoga syurgamu untk abang ipar ku, aamiin," tulisnya di status Facebook.
Buat masa ini, punca kejadian masih dalam siasatan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


