Ada Berita Baik Buat Pemandu Teksi, e-hailing

Ada berita baik buat pemilik teksi dan e-hailing!
Ini kerana Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengesahkan pihaknya kini telah melanjutkan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing kepada 15 tahun.

Langkah itu diambil seiring dengan hasrat Kementerian Pengangkutan dalam usaha melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah penambahbaikan sistem pengangkutan di negara ini.

Bagaimanapun, lanjutan had usia teksi dan e-hailing ini diguna pakai bagi kedua-dua kelas teksi dan e-hailing di Semenanjung Malaysia dan bagi kelas kenderaan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan syarat-syarat berikut:
1. Pelanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023.
2. Semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM.
3. Mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri ini terjamin.
Buat masa ini, usia teksi yang dibenarkan ketika ini hanya 10 tahun dan selepas itu pemandu perlu menggantikan dengan teksi yang baharu.
Terdahulu, pemandu teksi di Pasir Gudang berusia 60 atau 70 tahun, mereka susah membuat pinjaman bank atas faktor umur dan jika tukar teksi baharu tetapi had usia teksi tidak dipanjangkan, pembayaran balik dalam tempoh 10 tahun itu belum habis.
Mendengar keluhan mereka , nampaknya, kerajaan Madani cukup memahami situasi yang terpaksa dihadapi oleh pemain industri apabila mereka tidak berupaya menggantikan kenderaan mereka pada waktu sukar ini.

Diharapkan dengan pelanjutan had usia penggantian kenderaan selama setahun secara automatik ini dapat memberi kelegaan kepada industri pengangkutan awam seterusnya kembali pulih serta terus berdaya saing untuk tempoh panjang demi manfaat rakyat serta negara secara keseluruhannya
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh melayari laman sesawang APAD di www.apad.gov.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dewan Rakyat: Lesen PSV E-Hailing Untuk OKU Turut Dibincang
Nampaknya, golongan OKU tidak diketepikan memandangkan dasar semasa tidak menghalang mereka menjadi pemandu e-hailing.
11-07-2024
Kes Masih Belum Selesai
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang p cuba menikam pemandu e-hailing telah dihadapkan di mahkamah semalam.
04-12-2023
Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam, Penghubung Bas, MRT, LRT, Monorel – Anthony Loke
Terminal Titiwangsa bakal dibangunkan untuk menjalani transformasi besar-besaran sebagai hab utama pengangkutan awam.
09-02-2023
Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...
Grab Malaysia telah mengumumkan perubahan kadar tambang dan insentif baharu.
17-01-2023
Sadis! Mayat Pemandu Grab Ditemukan Dalam But Kereta
Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
30-08-2022
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Penggantungan Bas Aeroline: Bukti Polisi Pengangkutan Awam Malaysia 'Sudah Lapuk'?
Keputusan menggantung operasi bas ekspres premium, Aeroline, mendedahkan kelemahan mendalam dalam dasar pengangkutan awam Malaysia.
06-11-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

