Ada Hikmah Kereta Terlanggar Tol, Rupanya Semua Dah Pengsan

Gara-gara keracunan oksigen penghawa dingin kereta, empat beranak nyaris maut namun ada hikmahnya, kereta yang dinaiki mereka melanggar pintu tol Bentong, Pahang semalam.
Sejurus insiden itu, orang awam yang mendekati kenderaan itu terkejut besar apabila kesemua empat sekeluarga itu rupa-rupanya sudah tidak menyedarkan diri.
Tindakan pantas menghubungi pasukan penyelamat akhirnya telah menyelamatkan nyawa empat sekeluarga itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Dipercayai semua empat mangsa, seorang lelaki, wanita dan dua kanak-kanak telah pengsan. Semua mangsa dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong, Selangor.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati semua mangsa kekurangan oksigen, tindakan pantas itu dapat menyelamatkan empat nyawa," katanya.


Sementara itu, anak sulung mangsa melalui laman Facebook, "Syafid Mok", memaklumkan semua ahli keluarganya yang terbabit dalam kejadian itu sudah kembali sedar.
"Punca pengsan dipercayai disebabkan keracunan oksigen penghawa dingin kenderaan," katanya.

Di sebalik kejadian ini, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana penghawa dingin kereta boleh menjadi racun?
Menurut Pusat Racun Negara, gas penyejuk adalah bahan kimia berbentuk gas yang digunakan dalam proses penyejukan udara.
Misalnya, sistem penghawa dingin di rumah dan di dalam kereta. Untuk sesuatu bahan kimia digunakan sebagai bahan penyejuk, ia perlu memiliki sifat fizikal, sifat kimia dan termodinamik tertentu yang menjadikannya selamat dan ekonomik untuk digunakan sebagai penyejuk.
"Terdapat beberapa jenis gas yang pernah digunakan termasuklah daripada kumpulan Chlorofluorocarbon (CFC), Hydrochlorofluorocarbon (HCFC) dan Hydrofluorocarbon (HFC).
"Jika berlaku kebocoran dalam sistem penghawa dingin, gas penyejuk ini mungkin akan terbebas dan terdedah kepada manusia,” katanya di Facebook.

Untuk makluman, CFC, HCFC dan HFC mempunyai kesan kesihatan yang lebih kurang sama.
Jika terhidu dalam kepekatan yang rendah dan dalam jangka masa yang singkat, ia boleh mengakibatkan kerengsaan (iritasi) pada saluran pernafasan, batuk dan sakit tekak.

Pendedahan yang lama boleh mengakibatkan sakit kepala, pening kepala dan loya. Jika terhidu dalam kepekatan yang tinggi, terutamanya jika kebocoran berlaku dalam tempat yang tertutup, ia boleh menyebabkan koma, kesukaran pernafasan yang teruk dan akhirnya kematian boleh berlaku.

Kebanyakan kes keracunan yang berlaku melibatkan pekerja pemasangan penghawa dingin yang terdedah kepada gas tersebut apabila berlaku insiden kebocoran gas.

Mungkin kita biasa mendengar kes-kes kematian akibat tertidur di dalam kenderaan dengan penghawa dingin dipasang; perlu dibezakan bahawa kebiasaannya kes ini berpunca daripada pendedahan karbon monoksida akibat kebocoran ekzos kenderaan.
Apapun, pastikan anda selenggara kereta sebelum memulakan perjalanan jauh.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3415
SELANGOR
BSV630
JOHOR
JH3568J
PULAU PINANG
PSH3831
PERAK
APM9147
PAHANG
CFJ3986
KEDAH
KGJ8016
NEGERI SEMBILAN
NEM5768
KOTA KINABALU
SJV1648
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Apa Pula Kata Orang Pantai Timur?
Hapuskan tol di Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya tersebut.
04-03-2024
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti
Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.
15-09-2025
Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES
Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.
11-09-2025
Siling Stesen Minyak Runtuh, Mujur Tiada Yang Terkorban
Struktur siling sebuah stesen minyak di Bukit Garam, dilapor runtuh ketika hujan lebat dan angin kencang.
15-10-2024
Berita Terkini
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge