ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Axia Selamat! Tidak Terkesan Penipuan Ujian Daihatsu – Perodua

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memberi jaminan penuh bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada model baharu Perodua Axia masih sah dan diperakui, walaupun kini heboh tentang "ketidakaturan prosedur" semasa ujian dilakukan oleh Daihatsu Co Ltd. 




Isu kesilapan atau penyelewengan dalam ujian yang sedang hangat diperkatakan sejak 28 April lalu pada awalnya dikhabarkan turut membabitkan empat model termasuk Perodua Axia terbaharu.


Sebaik berita ini tersebar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya telah bertindak menghubungi Daihatsu, syarikat Jepun yang telah dilantik oleh PERODUA untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia terbaharu. 


"Kami telah diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian.


"Ini bermakna, Perodua Axia Baharu adalah selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat oleh PERODUA dan kami juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan yang kami hargai," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sebelum ini, tular bahawa hampir 12,000 Perodua Axia terjejas selepas pihak sekutu Toyota Motor Corporation (Toyota), Daihatsu disyaki melakukan pemalsuan dalam ujian keselamatan perlanggaran sisi pintu untuk lebih 88,000 kereta kecil. 




Menurut laporan berita oleh Reuters, pihak Daihatsu dikatakan memalsukan kemasan pintu kenderaan dengan menggantikannya kepada "takuk" bagi meminimumkan risiko bahagian dalam pintu pecah yang boleh menyebabkan mencederakan penumpang apabila beg udara sisi digunakan dalam kemalangan. 


PERODUA memohon maaf kepada semua pelanggan berhubung dengan kekeliruan yang berlaku. Dalam masa yang sama, pihaknya turut memberi jaminan bahawa segala maklumat keselamatan dan spesifikasi untuk semua model kenderaan keluaran syarikatnya telah disahkan oleh badan profesional. 


"Kami akan terus memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai.


"PERODUA sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan kami dan akan terus berbuat demikian sebagai sebahagian daripada amalan kami dalam menjangkaui setiap jangkaan," katanya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7181

SELANGOR

BSQ8573

JOHOR

JYY8042

PULAU PINANG

PSD1475

PERAK

APJ2670

PAHANG

CFG7947

KEDAH

KGG5327

NEGERI SEMBILAN

NEK6701

KOTA KINABALU

SJS4390

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025
Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Perodua Axia Tular Gara-Gara Angkut Barang Atas Kereta

Sebuah Perodua Axia tular di media sosial apabila si pemandunya mengangkut pelbagai jenis barang yang diikat pada bumbung kenderaan itu.

21-05-2025
Berita Auto

Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah 5.1 juta unit.

10-02-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.