ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Bincang Pelan Pelaburan & Arah Pembangunannya Di Malaysia Semasa Kunjungan Anwar Ke China

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Perdana Menteri Malaysia,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membuat lawatan rasmi ke China pada 29 Mac lalu. Sepanjang tempoh lawatannya ke negara tersebut, sejumlah 19 memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani dengan pelaburan bernilai RM170 bilion. 


Antara sektor yang terlibat dalam penandatanganan MoU tersebut ialah sektor automotif dengan salah satunya membabitkan syarikat pengeluar kenderaan negara China, Chery. 




Sewaktu kunjungan tersebut, pegawai atasan Chery International dijemput untuk membincangkan pelan pelaburan dan arah pembangunannya di Malaysia dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 


Baca: Lebih 1.2 Juta Kenderaan Terjual Tahun 2022, Ini Strategi Kejayaan Chery...




Selepas perbincangan, Chery International turut dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Meja Bulat dan Forum Perniagaan Malaysia-China dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 1 April.


Chery telah menubuhkan anak syarikat di Malaysia yang bakal didedahkan pada suku kedua tahun ini.




Chery Group ialah syarikat antarabangsa yang terlibat dalam pembangunan pelbagai teknologi kenderaan yang canggih. Pengeluar kenderaan dari negara China ini tidak henti membangunkan teknologi baharu dengan adanya penyelidikan dan pembangunan (R&D) kendiri.


Pada tahun 2023, volum jualan kenderaan baharu Chery mencecah lebih 1.23 juta unit, pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 42%. Syarikat ini telah mengeksport sebanyak 450,000 unit kenderaan ke luar negara, menjadikannya pengeksport kenderaan penumpang negara China nombor 1 selama 20 tahun berturut-turut.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.