DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Creta ke pasaran tempatan.
Ditawarkan hanya satu varian 1.5 Plus, Hyundai Creta dijual pada harga RM149,888 tanpa insurans.

Pengarah Urusan (Runcit dan Pengedaran) Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, Hyundai Creta menyasarkan golongan yang mahukan keperibadian selain ingin kelihatan lebih menonjol.
“Pada masa sama, jentera ini juga dilengkapi dengan teknologi dan ciri-ciri lain bagi melengkapkan gaya hidup harian yang aktif dan sempurna,”katanya.



Sementara itu, Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, pihaknya cukup teruja untuk melancarkan SUV terbaharu.
“Pasaran SUV tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda perlahan, baik di peringkat global mahupun di Malaysia.
"Untuk itu, pengenalan Creta akan memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia dalam bentuk SUV kompak seiring dengan peredaran zaman,”ujarnya.


UKURAN SAIZ
Hyundai Creta diasaskan dari platform yang sama dengan SUV segmen-B Kia Seltos, menampilkan dimensi panjang 4,315 mm, lebar 1,790 mm, tinggi 1,630 mm dan jarak roda sejauh 2,610 mm.
Walaupun ia masih dikelaskan dalam model segmen-B, Creta masih dilihat lebih besar sedikit berbanding KONA.
LUARAN:
Menjengah bahagian hadapannya, ia hadir dengan wajah Parametric Jewel dengan padanan lampu nyalaan siang (DRL) LED yang tersembunyi di dalam gril.
Pada waktu malam, lampu DRL digabungkan dengan lampu depan projektor LED yang dipasang pada bampar memberikan kesan visual lebih menarik.



KABIN:
Di bahagian dalam, terdapat pelbagai ciri teknologi dimuatkan.
Antaranya paparan LCD TFT bersaiz 10.25-inci, skrin sentuh infotainmen 8-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, ciri pengecaman suara, pendingin hawa automatik dan, sistem kemasukan tanpa kunci.
Malah, terdapat juga brek letak kereta elektronik yang biasanya akan digunakan secara automatik apabila kenderaan dimatikan atau di tempat letak kereta (P) pada automatik
Penulis juga tertarik dengan papan pemuka berbentuk-T, manakala terdapat jyga balutan upholstery fabrik dengan kemasan kulit untuk roda stereng dan tombol gear
Malah, kesemua tempat duduknya juga dibalut dengan fabrik, terdapat empat pembesar suara dengan dua unit tweeter, kawalan audio pada roda stereng, kamera pandangan belakang dengan Dynamic Parking Guide, dua unit port punca kuasa, tiga unit USB port, sistem navigasi dan pendingin hawa zon tunggal automatik dengan corong untuk tempat duduk belakang.




PRESTASI:
SUV ini disumbat dengan enjin Smartstream 1.5L yang berupaya menghamburkan kuasa 113hp dan tork 144Nm.
Ia digandingkan dengan kotak gear Intelligent Variable Transmission (iVT), iaitu transmisi CVT Hyundai yang menggunakan rantai bagi menggantikan tali sawat metalik.
Dari segi pengendaliannya, Creta dipadankan dengan suspensi topang MacPherson untuk bahagian hadapan dan Coupled Torsion Beam Axle (CTBA) di belakang.
Ia juga dilengkapi dengan cakera brek bersaiz 15-inci di hadapan dan 14-inci di bahagian belakang.


CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Dari segi ciri-ciri keselamatan, Creta didatangkan dengan enam beg udara dan rangkaian Hyundai SmartSense.
Sistem keselamatan aktif itu terdiri daripada Bantuan Mengelak Pelanggaran Titik Buta, Bantuan Mengelak Pelanggaran Hadapan, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Kepekaan Ketibaan Kenderaan, Bantuan Mengelak Pelanggaran Trafik Lintasan Belakang, Amaran Keluar Selamat serta Bantuan Lampu Tinggi.
Lebih menarik, ciri keselamatan Hyundai Creta turut menerima penarafan lima-bintang daripada ASEAN NCAP.


Bagi yang berminat, Hyundai Creta menawarkan lima pilihan warna luaran iaitu Galaxy Blue Pearl, Midnight Black Pearl, Titan Gray Metallic, Creamy White Pearl dan Dragon Red Pearl, dengan kesemuanya diberikan tema dalaman dengan rona hitam.
Untuk makluman anda, setiap pembeliannya juga diberikan waranti lanjutan percuma lima-tahun/300,000 km dan tiga-tahun/50,000 km servis percuma untuk 150 pembeli pertama

Sehubungan itu, para pelanggan yang ingin membuat tempahan, anda boleh mengunjungi pusat pengedar sah Hyundai atau boleh terus akses ke Cl!cktoBuy (https://www.hyundai.com.my/clicktobuy/).

Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS7045
SELANGOR
BSN8463
JOHOR
JYU2451
PULAU PINANG
PSB1762
PERAK
APG4234
PAHANG
CFG1145
KEDAH
KGF1315
NEGERI SEMBILAN
NEJ9438
KOTA KINABALU
SJR2290
KUCHING
QAB5068N
Terakhir Kemas Kini 08 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Santa Fe CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM186K
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Santa Fe pemasangan tempatan (CKD) sudah dibuka untuk tempahan di seluruh Malaysia.
06-09-2024
Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K
Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.
10-11-2023
Pandang Pertama: Santa Fe Hybrid Max, Versi CKD, 7 Tempat Duduk
Hyundai Santa Fe facelift kini lebih macho.
06-11-2023
Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah
HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.
06-11-2023
Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K
HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.
16-09-2023
Dedah 3 Model: Adakah Mungkin Tucson, Santa Fe, Ioniq 6 EV?
HSDM tayang lagi tiga model baharu.
29-04-2023
Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan SUV mewah, Hyundai Palisade LX2 facelift 2023 yang kini telah diperbaharui dengan pelbagai ciri premium.
20-01-2023
Berita Terkini
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat