ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

EV MINI Cooper 2024 Tanpa Pelekat Samaran Dikesan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Baru-baru ini, hatchback MINI generasi terbaharu telah dikesan tanpa pelekat samaran. Model MINI dalam versi elektrik tulen (EV) itu dikesan sewaktu sesi penggambaran di Amerika. 


Bakal dirasmikan sebagai MINI Cooper SE serba baharu itu jauh berbeza daripada model sedia ada kerana menggunakan platform EV yang dibina khas. Dari segi rekaan, daripada pandangan mata kasar, banyak ciri ikonik MINI dikekalkan, namun dalam masa yang sama, beberapa perubahan juga dapat dilihat. 




Perubahan besar dapat dilihat pada bahagian belakang, yang menggunakan rekaan lampu belakang dan but belakang baharu. Lampu belakang model ini tidak lagi bertemakan bendera negara UK, dan berbentuk tiga segi. 


Pada sudut hadapan, tiada perubahan ketara yang dapat dilihat. Mengekalkan lampu hadapan berbentuk bulat yang mengapit gril depannya. Seperti kebanyakan EV lan, komponen ambilan udara model ini tidak lagi kelihatan. 




Sebelum ini, foto intipan ruang kabin EV ini pernah tersebar. Antara yang dapat dilihat ialah kehadiran paparan-di-kepala (HUD) yang mungkin disediakan untuk melengkapkan skrin tengahnya yang berfungsi sebagai panel instrumen, sistem infotainmen dan kawalan. 


Cooper SE yang dikesan itu dijangka akan menggunakan pek bateri 54 kWh, yang lebih besar berbanding Cooper E dengan unit 40 kWh. Dengan bateri ini, Cooper SE boleh bergerak lebih jauh iaitu sehingga 402 km (Cooper E pula hanya kira-kira 322 km). 


MINI Cooper SE terkini ditawarkan di Malaysia dengan nama MINI Electric


Terbukti, SE 2024 adalah jauh lebih berkuasa berbanding MINI Cooper SE sedia ada (yang dijual dengan nama MINI Electric di Malaysia). MINI Electric di pasaran Malaysia menggunakan pek bateri 28.9 kWh dengan jarak perjalanan 232 km. 


Baca: MINI Cooper SE Electric 2023 Tampil Warna Nanuq White




Varian elektrik keluaran syarikat ini akan dipasangkan di negara China, berbeza dengan model versi enjin pembakaran dalamannya yang dipasang di kilang pemasangan BMW di Oxford, UK. Pemasangan EV MINI dibuat di republik tersebut kerana kerjasama antara BMW dan Great Wall Motor (GWM).


Baca: Pengecas Percuma Kereta Elektrik MINI Dibuka Di Gurney Plaza, Pulau Pinang


Apa pendapat anda mengenai MINI Cooper SE yang terbaharu? Kongsikan di ruangan komen yang di bawah. 


Sumber imej: CarExpert.com.au  & AutoExpress.co.uk


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB2840

SELANGOR

BSQ5278

JOHOR

JYX7691

PULAU PINANG

PSC7047

PERAK

APH8940

PAHANG

CFG6758

KEDAH

KGG3495

NEGERI SEMBILAN

NEK5608

KOTA KINABALU

SJS2039

KUCHING

QAB9350N

Terakhir Kemas Kini 08 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

06-12-2023
EV

20-07-2023
EV

06-05-2023
Global

04-04-2023
Global

02-12-2022
EV

15-09-2022
Berita Auto

Berkhemah Atas Bumbung MINI Cooper? Perkenalkan Cooper SE Countryman & Cooper SE!

ada kereta yang lebih sempurna untuk digunakan bagi aktiviti perkhemahan yang akan datang. Kenapa? Dalam artikel ini, penulis dedahkan.

21-06-2021

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.