ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV smart #3 Didedahkan! Kali Ini Sebuah SUV Coupe?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pameran Auto Shanghai 2023 yang sedang berlangsung minggu ini menyaksikan smart, jenama di bawah Geely mencuri perhatian ramai dengan pengenalan kenderaan elektrik (EV) baharu, smart #3. Berbeza dengan model sebelum ini smart #1 yang dikategorikan sebagai sebuah SUV crossover, model kali ini tampil dalam bentuk badan SUV coupe. 


Tampil lebih sporty, reka bentuk smart #3 telah dihasilkan secara eksklusif oleh pasukan rekaan Mercedes-Benz. 


Ketua Pegawai Operasi smart Eropah, Dirk Adelmann berkata, "Kami bangga kerana akhirnya dapat mempersembahkan coupe utiliti sukan pertama kami, iaitu smart #3 yang terbaharu kepada dunia. Sebagai peneraju elektrik tulen, smart komited untuk memberikan pengalaman yang terbaik."



Berbeza dengan #1, smart #3 tampil sebagai sebuah SUV coupe


Tambahnya lagi, matlamat jenama tersebut untuk sentiasa memenuhi keperluan mobiliti yang sering melalui evolusi tidak pernah berubah, “smart akan terus memperluas produknya agar dapat menawarkan pelbagai jenis kereta untuk memenuhi kumpulan dan gaya hidup pelanggan yang berbeza-beza.”


EV moden, badan smart #3 direka dengan garisan serta lengkungan yang halus untuk meningkatkan prestasi aerodinamik kereta. Di bahagian hadapan, #3 menggunakan lampu depan LED CyberSparks. 


Bahagian bumbung yang menggunakan warna kontra menonjolkan lagi reka bentuknya dengan profil fastback. Sudut lain seperti spoiler, tiang C, fender belakang dan bampar membuatkan kenderaan kelihatan moden. Elemen piksel pada lampu belakangnya pula memberikan membuatkannya kelihatan lebih mewah. 


Bergerak ke bahagian dalam, ruang kabin kelihatan lebih luas memandangkan model ini memiliki jarak antara roda yang lebih panjang. Dari segi teknologi, kereta dilengkapkan dengan skrin tengah jenis terapung bersaiz 12.8 inci yang disempurnakan dengan sistem audio 13 speaker Beats®. 





Walaupun spesifikasi terperinci model ini masih belum didedahkan, dilaporkan, angka prestasi dan jarak perjalanan cas penuh smart #3 tidak jauh berbeza daripada #1. 


Model ini turut akan ditawarkan dalam varian BRABUS seperti yang dapat dilihat daripada imej ini yang memaparkan unit infotainmen secara dekat dengan tulisan “BRABUS”:


Sistem infotainmen smart


EV ini akan ditawarkan dalam beberapa pilihan warna termasuk Photon Orange Metallic dan juga warna beraura futuristik, Electric Blue Matte. Ruang kabinnya pula ditawarkan dalam warna tema coklat. 



smart #3 dalam warna Photon Orange Metallic


Smart mengumumkan #3 akan mula memasuki pasaran pada tahun 2024 selepas pelancarannya di Eropah yang dijadualkan akan berlangsung di IAA 2023 di Frankfurt, Jerman, September akan datang. Maklumat dan spesifikasi terperinci model ini bakal didedahkan menjelang penampilan pertamanya itu nanti. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-02-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

04-09-2024
EV

21-08-2024

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.