Geely Bakal Labur RM30 Bilion Untuk Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif Di Perak

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan melaburkan sejumlah RM30 bilion dalam pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak, kata Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Chang Lih Kang.
Jelas beliau, Lembah Teknologi Tinggi Automotif ini akan membuka lembaran baharu ekosistem penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia – merangkumi rantaian nilai automotif dan mobiliti, daripada pusat penyelidikan dan pembangunan global berteknologi tinggi, perkhidmatan sokongan hinggalah kepada pelbagai lagi ekosistem berkaitan untuk industri kenderaan tenaga baharu di Malaysia.
Pelaburan syarikat automotif dari China itu selari dengan kerangka pembangunan EV negara yang telah dibangunkan kementeriannya, kata Chang sewaktu sidang media yang diadakan semalam mengenai hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.

"Di bawah kerangka strategik tersebut, kita sasarkan penggunaan EV akan mencecah 38 peratus menjelang tahun 2040, pelaburan ini merupakan permulaan yang baik. Ia akan membantu kita membina ekosistem lengkap untuk EV dan saya yakin ia dapat capai 38 peratus," katanya.

Menurut Chang, dua lagi syarikat EV dari negara China, China Harmony Auto Holding Ltd dan GAC AION New Energy Automobile Co Ltd menunjukkan minat untuk melabur dalam pembangunan EV negara dan wakil mereka akan tiba di Malaysia Sabtu ini untuk memantau ekosistem EV.
Tambah beliau, MOSTI juga akan menerima pelaburan sebanyak RM2.5 bilion daripada syarikat China, Shanghai DC-Sciences Co Ltd untuk membangunkan pusat data di Sedenak, Johor.
Melalui lawatan Anwar ke negara China baru-baru ini, Malaysia menerima komitmen pelaburan yang tertinggi dalam sejarah – berjumlah RM170 bilion – hasil penandatanganan 19 memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan syarikat-syarikat China.
"Keseluruhan jumlah pelaburan yang diterima MOSTI adalah RM32.5 bilion daripada jumlah RM170 bilion yang diterima negara hasil lawatan Perdana Menteri ke China," kata Chang yang turut menyifatkan lawatan temengenai hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China rsebut sebagai paling berjaya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2059
SELANGOR
BSU2919
JOHOR
JF4022J
PULAU PINANG
PSG2293
PERAK
APM120
PAHANG
CFH9518
KEDAH
KGJ3871
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4594
KUCHING
QAB7260P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge