36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.
Ini bermakna angka itu sudah melebihi dua kali ganda berbanding 17 pengedar yang telah diumumkan pada Jun lalu.
Difahamkan, peningkatan jumlah pengedar Proton e.MAS ini adalah susulan daripada lawatan ke Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou China.

Lawatan selama tiga hari itu disertai lebih daripada 40 eksekutif dan pengurus pengedar dari Malaysia yang bertujuan untuk memberikan peluang untuk merasai teknologi canggih Geely dalam mendapatkan input mengenai cara pengendalian operasi jualan dan servis model EV premium dari rangkaian pengedar di bawah syarikat Geely.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, sejak pelancaran jenama Proton e.MAS pada bulan Jun yang lalu, proses pembangunan menjelang pelancaran model pertama EV mereka harus diberi pujian.
“Ini kerana penambahan 19 buah pengedar baru ke dalam ekosistem kami menunjukkan semangat juang yang tinggi terhadap ketibaan EV nasional pertama PROTON.
“Malah, respons yang diterima daripada pengurus pengedar yang menyertai lawatan Geely amat memberangsangkan,” katanya.

Terdahulu, para pengedar berkesempatan melawat ke pusat GRI di Teluk Hangzhou untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai teknologi canggih dan inovasi yang dibina di dalam model Proton e.MAS.
Selain perkongsian teknologi, para pengedar juga berpeluang untuk merasai sendiri teknologi tersebut dengan pandu uji Geely E5 di litar percubaan yang telah disediakan.
Dalam pada itu, para pengedar turut singgah di Pusat Pengesahan Kenderaan Tenaga Baharu untuk melihat bagaimana Geely menjalankan ujian pra-pengeluaran, penilaian dan pengesahan bagi pembuatan dan teknologi kenderaan EV.

Lawatan ke pelbagai pengedar premium di bawah rangkaian luas Geely juga turut diatur. Langkah itu diambil dalam meningkatkan tanda aras piawaian yang telah ditetapkan kepada pengedar dan prosedur-prosedur mengenai perkhidmatan pelanggan, strategi jualan dan latihan kepada kakitangan.
Bagaimanapun, PRO-NET masih mencari rakan kongsi yang menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS yang semakin berkembang.
Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka, anda boleh menghantar e-mel di [email protected] / [email protected]
Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang https://emas.proton.com/.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB1401
SELANGOR
BSQ4962
JOHOR
JYX6860
PULAU PINANG
PSC6627
PERAK
APH8498
PAHANG
CFG6591
KEDAH
KGG3243
NEGERI SEMBILAN
NEK5429
KOTA KINABALU
SJS1723
KUCHING
QAB9251N
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group
Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.
16-02-2025
Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?
Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.
19-01-2025
DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim
DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.
17-12-2024
PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K
Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.
16-12-2024
Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?
"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.
07-11-2024
Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?
Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..
27-09-2024
Ini Dia Pencabar Vellfire, Alphard, Zeekr 009, Pengecasan Bateri Paling Laju, SAH Masuk M'sia
Geely melancarkan secara rasminya MPV elektriknya, Zeekr 09 di pasaran Thailand, baru-baru ini.
24-09-2024
Berita Terkini
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
