ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Gentari dan City Energy Meterai MoU Bangunkan Pengecas EV Rentas Sempadan Malaysia-Singapura

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengeluar  gas bandar paip Singapura,  City Energy dan anak syarikat milik penuh PETRONAS, Gentari Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam penyediaan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) agar pengecasan rentas sempadan yang lancar dapat dilakukan di seluruh Singapura dan Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif City Energy, Encik Perry Ong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Mobiliti Hijau, Shah Yang Razalli telah menandatangani MoU yang memperlihatkan kedua-dua pihak bekerjasama untuk memperdalam dan memperluas pemahaman mereka tentang pasaran EV dan tingkah laku pengguna EV di Singapura dan Malaysia serta bersama-sama membangunkan infrastruktur pengecas EV yang boleh diakses orang ramai. 




City Energy melancarkan cabang penyelesaian EV, Go, pada April tahun lalu untuk menyediakan pengecas di bangunan komersial, pembangunan bercampur dan kawasan perumahan bagi menyokong sasaran yang ditetapkan negara Singapura untuk mengurangkan emisi pengangkutan sebanyak 80% menjelang tahun 2050.




Dengan kerjasama ini, Go akan menyediakan 118 titik pengecasan di lebih 50 lokasi di Malaysia melalui aplikasi City Energy Go. 


Kerjasama antara Go dan Gentari akan mempercepatkan pembangunan rangkaian pengecasan EV kedua-dua pihak demi kemudahan pengguna EV di Singapura dan Malaysia.




Perry Ong berkata, "Kebimbangan jarak perjalanan adalah kebimbangan sebenar bagi pemandu kereta elektrik. Bagi mereka yang memandu antara Singapura dan Malaysia, rangkaian pengecas yang lancar dan sangat mudah diakses akan memberi ketenangan fikiran.”


Sementara itu, Shah Yang Razalli pula berkata, "Di Gentari, kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang sejiwa untuk menyokong pembangunan rangkaian dalam memacu mobiliti mampan. Hari ini, kami bekerjasama dengan City Energy untuk memastikan pengguna EV dapat menikmati perjalanan yang lancar antara Malaysia dan Singapura. Kami berharap kerjasama ini juga dapat menjadi langkah Gentari untuk memasuki pasaran Singapura bagi menyokong pembangunan rangkaian pengecasan Asia Pasifik.”

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY3415

SELANGOR

BSV630

JOHOR

JH3568J

PULAU PINANG

PSH3831

PERAK

APM9147

PAHANG

CFJ3986

KEDAH

KGJ8016

NEGERI SEMBILAN

NEM5768

KOTA KINABALU

SJV1648

KUCHING

QAB103Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

11-10-2024
EV

19-04-2024
Berita Auto

07-12-2023
EV

03-12-2023
EV

17-10-2023
EV

30-05-2023
EV

29-05-2023

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026
EV

EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?

Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.

10-11-2026
EV

Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.

06-11-2026
EV

Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?

04-11-2026
EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.