ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isu Beg Udara Takata: Audi M'sia Panggil Balik Kereta Keluaran Dari Tahun 2008-2017

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengedar rasmi Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah memanggil balik sekurang-kurangnya 2,767 unit kenderaan disebabkan isu beg udara Takata.

Panggilan semula itu melibatkan model-model seperti Audi A4 Sedan, A5 Sportback, A6 Sedan, Q5 dan TT Coupe yang dihasilkan antara tahun 2008 hingga 2017 .


Program panggil balik ini disebabkan beg udara Takata atau generator gas pada beg udara bahagian pemandu, penumpang termasuk beg udara jenis curtain.

Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata, berdasarkan kepada kemas kini terbaharu daripada pengeluar, wujud kemungkinan perumah generator gas tersebut itu rosak sekiranya beg udara diaktifkan. 

“Ini akan menyebabkan serpihan kecil melayang daripada perumah tersebut dan boleh mengakibatkan risiko keselamatan yang serius.

“Untuk itu, kami menggesa pemilik yang terlibat supaya menghubungi Audi Centre berhampiran untuk mendapatkan temu janji pemeriksaan serta penggantian beg udara dan alat ganti,” katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Erik berkata, pihaknya amat menitikberatkan aspek keselamatan para pelanggannya.

“Ia akan terus menjadi salah satu faktor penting dalam usaha berterusan kami untuk menambah baik aspek perkhidmatan selepas jualan. 

“Kami mengenal pasti bahawa antara sebab utama pelanggan memilih Audi adalah kerana prestasi dan ciri keselamatannya. Jadi, standard tinggi ini akan kami laksanakan dengan penuh bertanggungjawab,” katanya.


Sebaliknya beliau mengakui walaupun pihaknya sudah mengenal pasti jumlah kenderaan yang terlibat dalam kempen panggilan semula,  namun ada kemungkinan bukan semua memerlukan penggantian alat ganti. 

“Bagi pelanggan  yang tidak pasti sama ada kereta Audi mereka terlibat dalam kempen panggilan semula ini atau tidak, mereka boleh melayari laman sesawang Audi Malaysia atau menghubungi Khidmat Pelanggan Audi di talian 1-800-22-2834 atau emel ke info@phsautomotive.com.my,” tambahnya.


Program Audi Plus

Sementara itu, pemilik kenderaan berusia lima tahun dan ke atas juga layak untuk menyertai program Audi Plus yang dilancarkan baru-baru ini .


Program itu menawarkan diskaun penyelenggaraan sebanyak 10% di mana- mana Audi Centre. Pelanggan juga akan menerima 3 baucar servis yang boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun selepas tahun kelima servis, selain perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan Audi secara percuma sehingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-06-2025
Kereta Baru

08-05-2025
Berita Auto

24-04-2025
Kereta Baru

10-04-2025
Berita Auto

09-04-2025
Kereta Baru

14-03-2025
Kereta Baru

18-02-2025
Berita Auto

15-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.