MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) secara rasminya mengumumkan harga bagi model Audi Q7 versi pemasangan tempatan (CKD). Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.
Audi Q7 CKD menggunakan enjin hibrid ringkas (MHEV) yang terdiri daripada enjin 3.0L V6 turbo yang menjana 340 ps seperti model Touareg dan 500 Nm seperti Cayenne, digabungkan dengan sistem hibrid ringkas 48 volt, menggunakan penjana pemula pacuan tali sawat (belt-driven) yang membolehkan kereta bergerak tanpa menggunakan enjin sehingga 40 saat pada kelajuan antara 55 ke 160 km/j.
Sistem trenkuasa ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) quattro dan stereng gandar belakang (RWS) untuk pemanduan lebih dinamik. Model ini turut didatangkan dengan sistem suspensi udara adaptif talaan sporty.




Dengan transmisi automatik ZF 8 kelajuan, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 5.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum yang ditetapkan pada 250 km/j.
Ditawarkan dalam versi tiga baris tempat duduk, Audi CKD lengkap dengan pelbagai ciri menarik termasuk lampu utama HD Matrix LED terkini bersama lampu tinggi laser, pakej kemasan S Line yang sporty, bersama rim dua warna Audi Sport berukuran 22 inci.
Ciri menarik lain ialah pakej kemasan hitam yang memberikan Q7 aura sporty melalui penggunaan warna gelap tersebut pada beberapa sudut kereta seperti gril dan perumah cermin sisi.

Untuk kabinnya, antara yang disediakan ialah menjadi sistem kawalan pendingin hawa automatik empat zon, tempat duduk sport yang boleh dipanaskan dan disejukkan serta hadir dengan sokongan lumbar, papar pandu (HUD) dan pintu dengan fungsi tutup lembut (soft-close).



Kelengkapan lain ialah penutup tingkap (sunshade) pintu belakang, navigasi Audi Connect, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, sistem audio 3D Bang & Olufsen dan banyak lagi.
Model kali ini, hadir dengan teknologi yang membolehkan pemandua melihat keadaan sekeliling secara 3D melalui skrin tengah yang berukuran 10.1 inci. Skrin ini dikuasakan oleh infotainmen modular Volkswagen generasi ketiga (MIB 3). Di bawahnya terdapat skrin lebih kecil berukuran 8.6 inci untuk mengawal pendingin hawa.


Dari aspek keselamatan pula, pelbagai ciri bantuan pemandu (ADAS) disertakan seperti sistem brek kecemasan automatik (AEB), kawalan kelajuan adaptif (ACC) dengan fungsi henti-dan-gerak, bantuan kekal lorong (LKAS), pemantau titik buta (BSM) dan lain-lain.
Pemasangan Audi Q7 di Pekan, Pahang membolehkannya ditawarkan pada harga yang kompetitif bermula daripada RM459,990.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4847
SELANGOR
BST9750
JOHOR
JE7453J
PULAU PINANG
PSF8114
PERAK
APL6982
PAHANG
CFH8339
KEDAH
KGJ2431
NEGERI SEMBILAN
NEM429
KOTA KINABALU
SJU2714
KUCHING
QAB6237P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi
Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk pelbagai model ICE dan EV.
15-01-2025
Harga Terbaru Audi Q5 Sportback Diumumkan – Kini Hanya Dari RM368,990!
Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia,PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan harga terbaru untuk Audi Q5 Sportback generasi kedua.
21-11-2024
Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’
PHSAM telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini.
08-10-2024
Audi SQ8 E-Tron, SQ8 Sprotback E-Tron, Ada 3 Motor Elektrik, Harga Lebih RM500K
PHSAM mengumumkan penambahan dua model baharu ke dalam rangkaian kenderaan elektriknya.
17-01-2024
Kempen Untuk Audi e-tron – Murah RM93K, Wallbox Percuma! Tempoh Terhad
PHSAM, pengedar rasmi Audi di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan kempen menarik terkini.
06-11-2023
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Import Terpakai
PHSAM menawarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) untuk pemilik kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.
28-07-2023
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Audi & Import Parallel.
PHSAM menawarkan kempen selepas jualan.
13-07-2023
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
