ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Jahat Betul Gaya Cannon P!ckup

Suhana Veru

Kongsi melalui


Apa yang anda lihat di sini mungkin jawapan kepada Mercedes-AMG G63 6x6 yang terkenal dengan hasil tangan pembuat kereta China Great Wall Motor (GWM)  iaitu orang yang sama di sebalik keluaran  Ora Good Cat.

Trak pikap monster ini dikenali sebagai Cannon P!ckup ketika ditayang pada pameran Auto Show Shanghai 2023 baru-baru ini.

Jentera ini disumbat dengan trenkuasa  plug-in hybrid (PHEV).

Apa yang cukup menarik ialah ia bakal dikeluarkan dan akan dieksport di beberapa pasaran yang terpilih.

Jentera off-road ini dibangunkan oleh bahagian Co-Creation GWM dengan kerjasama Chaojing Motors. 

Menurut GWM, Cannon CyberP!ckup adalah model 6×6 yang pertama di China.


Ia diiubah suai untuk menampung gandar ketiga selain bergolek dengan enam tayar bersaiz 18 inci jenis Cooper Discover.

Sistem penggantungannya dilengkapi dengan penyerap hentak nitrogen dan terdapat lima kunci pembezaan dikawal secara elektronik.

Menyentuh mengenai daya prestasinya, ia disumbat dengan enjin 3.0 turbo berkembar V6 dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 510 hp dan tork 750Nm.

Apa yang cukup menarik ialah GWM  membangunkan CyberP!ckup bukan sahaja sistem petrol-elektrik tetapi ada juga bahan api hidrogen dimana ia berfungsi sebagai EV berkuasa bateri.


Selain itu, ada sumber mengatakan bahawa trak super ini telah  menjalani homologasi di China.

Ada juga yang mengatakan bahawa Australia akan menjadi salah satu pasaran eksport yang pertama.

Adakah mungkin kita dapat melihat kenderaan enam roda besar ini memasuki pasaran pemanduan kanan (RHD) lain di rantau ini? Kita tunggu pengumuman rasmi syarkikat itu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ8073

SELANGOR

BST8607

JOHOR

JE5310J

PULAU PINANG

PSF7012

PERAK

APL5923

PAHANG

CFH7863

KEDAH

KGJ1954

NEGERI SEMBILAN

NEL9407

KOTA KINABALU

SJU2080

KUCHING

QAB5938P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.