Kempen BMW Hanya Untuk Model Terpilih, Check Di Sini

BMW Group Malaysia menawarkan Kempen Servis Nilai (Value Service Campaign) yang terbaharu untuk pemilik kereta BMW dan MINI yang berusia lebih lima tahun.
Menerusi kempen itu, mereka berpeluang menikmati pelbagai pakej servis dan baik pulih yang meliputi Alat Ganti & Aksesori Tulen BMW dan MINI pada harga yang berpatutan.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya akan terus membangunkan program-program yang dapat memperkayakan lagi Pengalaman Pemilikan Premium seperti mana yang dijanjikan kepada para pelanggan setia.
“Menerusi Kempen Servis Nilai ini, ia mencerminkan komitmen kami dalam membekalkan perkhidmatan pascajualan yang terunggul buat para pelanggan selain memberi sokongan kepada para pemilik BMW dan MINI,”katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman, kempen ini ditawarkan secara eksklusif untuk model-model BMW dan MINI terpilih yang berusia lima tahun dan ke atas.

Ia menawarkan perkhidmatan penyelenggaran, alat ganti serta aksesori tulen, minyak enjin percuma dan potongan caj servis untuk tempoh yang terhad.


Model-model yang terpilih, berikut adalah senarainya:
• BMW 3 Series (F30 dan F90)
• BMW 5 Series (F10 dan E60)
• BMW 7 Series (F02 dan E66)
• BMW X1 (F48 danE84)
• BMW X3 (F25 dan E83)
• BMW X5 (F15, E53 dan E70)
• MINI Clubman (F54 dan R55)
• MINI Countryman (R60)
• MINI Cooper S (F55, F56 dan R56)
Mulai hari ini hingga 31 Mei 2023, pemilik model-model terpilih ini dapat menikmati servis minyak enjin percuma serta potongan caj buruh sebanyak 30% dengan setiap pembelian mana-mana satu daripada empat pakej yang ditawarkan di bawah kempen ini.

Setiap pakej terdiri daripada set Alat Ganti & Aksesori Tulen BMW dan MINI yang spesifik, ia termasuk pad brek dan cakera brek, bateri, bilah pengelap, tali sawat V, penegang tali sawat, tayar, serta pencagak enjin dan transmisi.
Dalam fasa kedua, mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2023, para pemilik dapat menikmati potongan harga setinggi 20% bagi semua Alat Ganti & Aksesori Tulen BMW dan MINI yang ditawarkan di bawah empat pakej yang berkenaan, termasuk diskaun 30% bagi caj buruh.
Untuk maklumat lanjut, layari ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV2733
SELANGOR
BSU5720
JOHOR
JG2834J
PULAU PINANG
PSG6948
PERAK
APM4480
PAHANG
CFJ2077
KEDAH
KGJ5615
NEGERI SEMBILAN
NEM3747
KOTA KINABALU
SJU6654
KUCHING
QAB8130P
Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge