Mercedes-Benz GLC300 4Matic AMG Line, Harga Boleh Tahan
-full.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia secara rasminya melancarkan GLC300 4Matic AMG Line 2023 generasi baharu ke pasaran Malaysia sebentar tadi.
Untuk makluman anda, ia yang dijual pada harga RM429,888 tetapi tidak termasuk insurans dan terdapat jaminan empat tahun secara standard.

Jentera ini yang merupakan model CBU yang diimport sepenuhnya dari Jerman hanya didatangkan dalam varian tunggal.
Luaran:

Menjengah bahagian luarannya, lampu hadapannya agak tajam menyebabkan model GLC ini kelihatan agak menyerlah.
GLC 300 ini juga dilengkapi dengan lampu LED adaptif Digital Light.
Gril lima sisinya dilihat bersambungan dengan lampu hadapannya dan terdapat juga liang udara bersebelahan dengan grilnya.


Bahagian sisinya pula, ia menggunakan rim aloi AMG bersaiz 20-inci selain terdapat lampu lantai dengan logo Mercedes-Benz.
Sementara itu, bampar belakangnya hadir dengan krom di sekeliling ekzos. Apa yang cukup menarik ialah, lampu belakngnya agak nipis dengan rekaan grafik baharu.

Kabin:
Model GLC ini dilengkapi dengan skrin sentuh 11.9-inci di tengah dimana anda boleh mencodongkan ke arah pemandu.
Seperti biasa, ia juga menggunakan Mercedes-Benz User Experience (MBUX) terbaharu, dengan sistem infotainmen yang menawarkan multimedia, tunjuk arah, maklumat trafik serta kawalan pendingin termasuk sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.


Ia juga dipasang dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci yang boleh dihubungkan dengan MBUX.
Malah, kesemua tempat duduknya dibaluti dengan kulit Nappa dan tempat duduknya boleh mengurut badan jika anda penat dengan perjalanan jauh.
Fuh cukup hebat!


Sebaik melangkah masuk ke dalam kabinnya, kerusi hadapannya boleh dilaras secara berkuasa selain terdapat juga penghadang matahari cermin belakang dan sistem lampu ambien dalam 64 warna.
Sebelum terlupa, penulis mendapati jentera ini dilengkapi dengan kamera 360 darjah. Ia bukan sebarang kamera memandangkan ia boleh menunjukkan anda sekitar bahagian bawah kenderaan ini.

Daya Prestasi:
Model GLC ini disumbat dengan unit M254 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol.
Ini membuatkannya ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 255 hp atau 190 kW) pada tork 400 Nm.

Ia juga digandingkan dengan transmisi automatik 9G-Tronic sembilan-kelajuan, serta sistem pacuan empat roda 4Matic dan sistem mild-hybrid 48-volt.

Untuk makluman anda, mild-hybrid adalah ciri terbaharu buat GLC. Ia merangkumi integrated starter-generator (ISG) yang menyediakan kuasa sebanyak 23 hp atau 17 kW dan 200 Nm.
Jentera ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.2 saat.
Ciri-Ciri Keselamatan:
Dari segi ciri-ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan:
• Bantuan Brek Aktif
• Bantuan Kekal Lorong
• Bantuan Parkir Aktif dengan Parktronic
• Peninjau Titik Buta
• Kawalan Pelayaran Adaptif Distronic
Sehubungan itu, bagi yang berminat, terdapat lapan pilihan warna: Obsidian Black, Graphite Grey, Mojave Silver, High-Tech Silver, Spectral Blue dan Selenite Grey.
Terdapat juga Diamond White Bright dan Hyacinth Red, namun anda perlu membuat bayaran sebanyak RM5,000.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sergei Sagree Sardien berkata, pihaknya akan memaklumkan mengenai model pemasangan tempatan (CKD) pada satu tempoh yang akan ditetapkan nanti.
“Varian PHEV akan ditawarkan sekiranya ada permintaan,” katanya ketika ditanya mengenai model CKD dan varian PHEV.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge