Mitsubishi Motors Malaysia Umum Senarai Harga Baharu 2023 – Naik Hampir RM4K!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan harga baharu bagi kenderaan syarikatnya untuk tahun 2023.


MPV 7 tempat duduk, Xpander, yang ditawarkan dalam satu varian, 1.5L, kini dijual pada harga RM99,980, atas jalan, tanpa insurans. Peningkatan sebanyak RM3,180 atau 3.29% daripada harga sebelum ini, RM96,800.
Seterusnya, trak Triton 2.5 Quest 4x2 MT, satu-satunya pilihan 4x2 dijual pada harga RM83,890 – kenaikan sebanyak RM2,500 atau 3.07% berbanding harga asalnya, RM81,390.



Triton 4x4 varian asas, 2.4 VGT MT pula kini ditawarkan pada harga RM105,500, sementara varian automatik, 2.4 VGT AT berharga RM109,990 – masing-masing mengalami kenaikan sebanyak RM2,300 (2.23%) dan RM,2000 (1.85%).

Triton varian pertengahan, Triton 2.4 VGT Premium versi manual, kini dijual pada harga RM118,700 – RM2,500 atau 2.15% lebih tinggi berbanding harga sebelumnya (RM116,200). Versi automatiknya pula, 2.4 VGT Premium AT, kini dijual pada harga baharu, RM129,900 – RM3,000 atau 2.36% lebih tinggi.



Kenaikan tertinggi adalah bagi varian Triton 2.4 VGT Athlete AT dengan kenaikan sebanyak RM3,600 atau 2.25% berbanding harga asal (RM146,600). Bermakna, harga jualan terbaharu varian ini ialah RM149,900.

Dalam perkembangan lain, MMM telah menyingkirkan varian keluaran terhad, Triton Phantom Plus Edition daripada senarai harga baharunya yang dipaparkan di laman web rasmi, mungkin kerana kesemua model ini telah habis dijual. Dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu, model keluaran khas ini hanya dihasilkan sebanyak 1,000 unit sahaja.

Awal tahun ini, syarikat pengeluar kereta Jepun lain seperti Toyota dan Nissan telah mengumumkan harga baharu bagi pelbagai model kenderaan. Kedua-dua jenama ini mendedahkan bahawa kenaikan harga tidak dapat dielakkan, salah satu daripada puncanya adalah isu kekurangan bekalan cip semikonduktor.
Baca: Harga Terkini Toyota Hilux, Fortuner & Hiace Bagi Tahun 2023, Naik Hingga RM5K!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7941
SELANGOR
BSU9400
JOHOR
JH1945J
PULAU PINANG
PSH3144
PERAK
APM8047
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7529
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



