ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Umum Senarai Harga Baharu 2023 – Naik Hampir RM4K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui




Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan harga baharu bagi kenderaan syarikatnya untuk tahun 2023.




MPV 7 tempat duduk, Xpander, yang ditawarkan dalam satu varian, 1.5L, kini dijual pada harga RM99,980, atas jalan, tanpa insurans. Peningkatan sebanyak RM3,180 atau 3.29% daripada harga sebelum ini, RM96,800.


Seterusnya, trak Triton 2.5 Quest 4x2 MT, satu-satunya pilihan 4x2 dijual pada harga  RM83,890 – kenaikan sebanyak R​​M2,500 atau 3.07% berbanding harga asalnya, RM81,390.




Triton 4x4 varian asas, 2.4 VGT MT pula kini ditawarkan pada harga  RM105,500, sementara varian automatik,  2.4 VGT AT berharga  RM109,990 – masing-masing mengalami kenaikan sebanyak RM2,300 (2.23%) dan RM,2000 (1.85%).




Triton varian pertengahan, Triton 2.4 VGT Premium versi manual, kini dijual pada harga RM118,700 – RM2,500 atau 2.15% lebih tinggi berbanding harga sebelumnya (RM116,200). Versi automatiknya pula,  2.4 VGT Premium AT, kini dijual pada harga baharu, RM129,900 –  RM3,000 atau 2.36% lebih tinggi. 




Kenaikan tertinggi adalah bagi varian Triton 2.4 VGT Athlete AT dengan kenaikan sebanyak RM3,600 atau 2.25% berbanding harga asal (RM146,600). Bermakna, harga jualan terbaharu varian ini ialah RM149,900. 




Dalam perkembangan lain, MMM telah menyingkirkan varian keluaran terhad, Triton Phantom Plus Edition daripada senarai harga baharunya yang dipaparkan di laman web rasmi, mungkin kerana kesemua model ini telah habis dijual. Dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu, model keluaran khas ini hanya dihasilkan sebanyak 1,000 unit sahaja. 




Awal tahun ini, syarikat pengeluar kereta Jepun lain seperti Toyota dan Nissan telah mengumumkan harga baharu bagi pelbagai model kenderaan. Kedua-dua jenama ini mendedahkan bahawa kenaikan harga tidak dapat dielakkan, salah satu daripada puncanya adalah  isu kekurangan bekalan cip semikonduktor. 


Baca: Harga Terkini Toyota Hilux, Fortuner & Hiace Bagi Tahun 2023, Naik Hingga RM5K!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7941

SELANGOR

BSU9400

JOHOR

JH1945J

PULAU PINANG

PSH3144

PERAK

APM8047

PAHANG

CFJ3722

KEDAH

KGJ7529

NEGERI SEMBILAN

NEM5464

KOTA KINABALU

SJV1135

KUCHING

QAB9670P

Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2026
Kereta Baru

06-03-2026
Berita Auto

26-09-2025
Global
Berita Auto
Pandu Uji

04-10-2024
Global

06-08-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.