- Berita
- Berita Auto
- Pelantikan Bettina Plangger Sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia
Pelantikan Bettina Plangger Sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia

Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia dan Asia Tenggara II, Bettina Plangger
Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Bettina Plangger sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia dan Asia Tenggara II berkuat kuasa pada 17 April.
Plangger menggantikan Micheal Jopp yang telah menggalas tanggungjawab tersebut sejak tahun 2019.
Sebelum ini, Plangger pernah berkhidmat sebagai Ketua Jualan Kereta Penumpang di Munich, Germany.
Beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam pemasaran dan jualan termasuk tanggungjawab pengurusan pasaran bagi pasaran Timur Tengah iaitu Hungary, Slovakia, Romania dan Serbia.

Logo Mercedes-Benz pada C200
Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jualan di Fleetboard, di mana beliau bertanggungjawab terhadap 35 pasaran di seluruh dunia.
Pada tahun 2018, Plangger mengambil alih pembelian runcit milik Mercedes-Benz di Augsburg dan telah membantu dalam pelaksanaan konsep jenama runcit baharu pada kesemua titik sentuhan pelanggan.
Plangger membantu dalam pelaksanaan strategi kemewahan jenama tersebut dan telah memimpin pasukannya untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam jualan dan kepuasan pelanggan.
Plangger berkata: "Ini memang merupakan masa yang tepat kerana industri automotif Malaysia sedang mengalami kemajuan dinamik, terutamanya sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah mobiliti elektrik.

Mercedes-Benz EQA, EV yang sedang dicas di ChargeSini
"Saya bersemangat dan benar-benar bersedia untuk berinteraksi dengan pasukan kepimpinan kami di peringkat tempatan dan global, seiring dengan matlamat dalam Ambition 2039 ke arah mobiliti masa depan, demi mendukung pasaran automotif Malaysia yang mampan dan digital," katanya.
![]()
Mercedes-Benz EQE 350+
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


